Sakit hati bila tengok bontot kuali yang hitam berkerak ni kan? Takkan nak beli yang baru. Benda masih boleh guna lagi. Jadi daripada beli baru baik kita hilangkan kerak tu.
Nak hilangkan kerak senang je. Baru-baru ini ada seorang pengguna Tiktok berkongsi 5 langkah nak hilangkan kerak kuali. Mari kita baca apa yang dikongsi oleh akaun Ghumah ini.
Ambil soda bikarbonat dalam anggaran 2 atau 3 sudu. Kemudian tabur atas kuali. Kalau tiada soda bikarbonat boleh juga digantikan dengan baking powder. Ada dua-dua pun lagi bagus.
Lepas soda bikarbonat, ambil garam. Pun sama 2 atau 3 sudu. Ikut keselesaan masing-masing. Kemudian tabur atas kuali tadi.
Selepas itu letak sabun basuh pinggan sekali dengan garam dan soda bikarbonat tadi. Lepastu sental la. Terserah nak sental macam mana asalkan sental sampai soda bikarbonat dan garam tadi nampak kehitaman.
Selepas itu ambik 2 3 helai tisu tutup bontot kuali tu dan letak cuka sedikit. Tunggu dalam 10 minit.
Selepas 10 minit lap balik kuali dengan tisu yang diletak cuka tadi. Dan hasilnya hilanglah kerak yang dah berkurun tu.
Sampai di sini sahaja dulu perkongsian kita. Semoga semua dapat manfaatnya dan selamat mencuba.