Cara Mudah Hilangkan Kesan Hangus Pada Kuali

1,093 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap suri rumah pasti akan merasai pengalaman kuali hangus ketika memasak. Sebenarnya, perkara ini adalah normal sahaja.

Kalau kuali tidak pernah hangus, maksudnya anda tidak pernah ke dapur. Pasti anda tertanya-tanya, bagaimana cara menghilangkan kesan hangus yang terbakar pada kuali?

Caranya cukup mudah sahaja, boleh teruskan bacaan di bawah bagi mengetahui dengan lebih lanjut.

Cara Mudah Hilangkan Kesan Hangus Pada Kuali:

Kesan hangus pada kuali kadangkala akan menjadi kesan kekal. Walaupun anda memasak menggunakan minyak, itu tidak bermakna kuali tidak akan hangus dan masakan yang dimasak itu tidak akan melekat pada kuali.

Jadi, jika perkara ini berlaku, biasanya kita akan meredam kuali dengan lama di dalam air. Sebenarnya, cara itu tidaklah begitu tepat. Bagi mengetahui cara yang lebih tepat, boleh rujuk artikel di bawah ini.

1. Menggunakan Baking Soda.

Bahan-bahan:

  • Baking soda.
  • Air
  • Penggosok  Kuali
Cara Mudah Hilangkan Kesan Hangus Pada Kuali

Langkah-langkah:

  • 1. Campurkan air dan baking soda untuk membuat pes.
  • 2. Sapu pes itu pada kawasan yang hangus dan gosok dengan penggosok kuali.
  • 3. Biarkan sehingga ia kering
  • 4. Kemudian basuh dengan sabun dan air. Selepas itu gosok kuali anda.

2. Menggunakan Pencuci Pinggan.

Bahan-bahan:

  • Pencuci pinggan
  • Air
  • Penggosok  Kuali
  • besen

Pin on pots and pan

Cara Mudah Hilangkan Kesan Hangus Pada Kuali

Jangan gunakan cara ini pada kuali bersalut teflon. Merendam kuali dalam pencuci pinggan mangkuk akan merosakkan lapisan dan membuatkan kuali itu tidak dapat digunakan lagi.

Langkah-langkah:

  • Isi besin dengan air panas.
  • Masukkan pencuci pinggan secukupnya.
  • Masukkan kuali ke dalam campuran itu dan rendam semalaman.
  • Kemudian, gosok dan sentai kuali tersebut.
  • Bilas sehingga bersih untuk menghilangkan kesan sabun itu.

3. Menggunakan Pencuci Oven (Bahan Kimia).

Bahan-bahan:

  • Pencuci pinggan
  • Air
  • Penggosok  Kuali
  • Sarung Tangan Getah
  • Kaca mata
Cara Mudah Hilangkan Kesan Hangus Pada Kuali

Langkah-langkah:

  • Terdapat banyak produk yang ada yang mengandungi bahan kimia yang dapat mengatasi masalah kuali hangus ini. Anda boleh membelinya secara atas talian (Online).
  • Oleh kerana pembersih ini mengandungi bahan kimia yang agak keras, lindungi tangan dan mata anda dengan sarung tangan dan kaca mata. Seeloknya lakukan di luar rumah anda.
  •  Sapukannya pada permukaan kawasan yang hangus.
  • Gosokkan kawasan hangus itu dengan penggosok kuali.
  • Biarkannya selama beberapa jam.
  • Gosok sekali lagi dengan penggosok kuali.
  • Tambah pembersih sekiranya tidak mencukupi dan gosok/rendam.
  • Setelah kesan hangus itu hilang, bersihkan kuali dengan sabun pinggan dan air sehingga hilang kesan bahan kimia itu.
  • Bilas kuali anda sepenuhnya dan biarkan kering.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat membantu bagi mengatasi masalah kuali hangus.

Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down