Cara Untuk Atasi Masalah Sinki Dapur Yang Berbau Akibat Tersumbat

2,403 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Masalah sinki tersumbat sememangnya akan menyebabkan segala kerja-kerja di dapur akan tertangguh. Mana taknya, nak masak ker basuh ker komfirm akan rasa berbau dan tersumbat. Lepas masak apa-apa nak basuh periuk tu pun spoil mood sebab sinki tersumbat. Nak tunggu air turun tapi lama sangat.

Untuk atasi masalah ini daripada berlarutan bolehlah cuba kaedah yang dikongsikan oleh Syafini Hassan untuk menghilangkan masalah sinki dapur tersumbat dan berbau dengan cara yang mudah. Tak perlu minta tolong suami dan upah orang sebab boleh buat dengan diri sendiri. Hanya perlukan beberapa bahan sahaja.

Masalah Sinki Dapur Berbau Akibat Tersumbat? Ini Cara Mudah Untuk Atasinya

SINKI SUMBAT?? SINKI BAU SAMPAH!! BACA TIPS KAK PIN NI

Pagi ni dah setel mengemas & packing parcel, kak pin teringat yang sinki kat dapur tu dah tak berapa lancar airnya. Perasan tak kekadang kita terbau benda busuk kat sinki tu.cari- cari tak Jumpa plak puncanya.

Sampah dah clear. Kekadang lemak & air dalam sinki tu yang berbau. Ye la macam-macam yang masuk lubang tu kan tak caya cer pi cium sekarang hihi. Dulu kak pin suruh je hero kak pin buat. Tapi bila kak pin dah full time kak rumah ni terpaksa la belajar berdiri diatas kaki sendiri kan. ( tapi masih dipantau hihi ).

Jom kak pin share camne nak clearkan saluran sinki yang tersumbat ataupun yang lama tak cuci. Boleh tengok kat gambar untuk step by step

Langkah-Langkah Atasi Masalah Sinki Dapur Yang Berbau

Mula-mula jerang seperiuk air. Tak perlu sampai mendidih. Just cukup-cukup panas sahaja.

Selain itu kena ada 2 benda ini.

  1. Sebotol cuka buatan
  2. Sebotol soda. Bukan soda bikarbonat yang buat kek tu. Ni soda memang untuk clearkan sinki. Boleh beli dekat kedai hardware berhampiran. Harga sebotol macam ini dalam rm16.

Ini rupa soda itu. Berkeping-keping, kalau boleh jangan pegang direct sebab ia merupakan bahan kimia. Bahaya kalau terkena tangan.

Masalah Sinki Dapur

Langkah Seterusnya. Keringkan sinki dulu. Kurang mujarab kalau ada air bertakung.

Tuang soda ke lubang sinki. Agak-agak sesedap rasa.

Masalah Sinki Dapur

Selepas Itu tuang cuka kedalam air panas tadi.

Masalah Sinki Dapur

Selepas itu, tuangkan air panas tadi ke lubang sinki. Hati-hati sebab ada tindak balas. Tuang sikit-sikit dulu.

Kan dah bagitahu  ada wap air tu. Selepas itu tuang air sampai habis. Siap.

Masalah Sinki Dapur

Bersih dah sinki kita. Kalau ada 2 sinki ulang proses yang sama. Yang terbaik tak perlu tunggu sinki sumbat baru nak cuci.

Masalah Sinki Dapur

Kredit : Syafini Hassan

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down