5 Tips Berguna Membuat Susunan Peti Ais Kelihatan Rapi

21,686 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Peti ais merupakan antara perkara yang paling penting kerana peti ais merupakan tempat untuk menyimpan barang-barang basah dan juga bahan mentah. Selain itu, susunan untuk peti ais juga penting kerana ia memastikan dekorasi peti ais itu nampak cantik.

Sebenarnya ada beberapa tips yang Giler Deco ingin kongsikan agar anda boleh ikuti untuk menjaga dan menyimpan makanan dalam peti ais anda kelihatan tersusun rapi.  Jom kita ikuti beberapa tips berguna membuat susunan peti ais kelihatan tersusun rapi .

5 Tips Penting & Berguna Untuk Susunan Peti Ais Anda

1. Membeli Bakul Kecil

Beli bakul-bakul kecil untuk mengasingkan jenis makanan di dalam peti ais supaya menampakkan peti ais lebih tersusun dan lebih kemas. Buat pengetahuan anda, bakul-bakul kecil boleh dibeli di kedai DIY , Daiso, dan juga di kedai Eco.

susunan peti ais

2. Labelkan Makanan Dengan "Food Sticker"

Bakul-bakul tersebut dilabelkan dengan food sticker agar mudah dicapai dan mudah mengenal pasti setiap bakul tersebut.

susunan peti ais

3. Meletakkan Pelapik Makanan

Letakkan pelapik di atas rak makanan. Tips ini akan mudahkan anda untuk cuci permukaan rak kelak. Hanya perlu cabut saja pelapik tersebut dan gantikan dengan baru.

susunan peti ais

4. Simpan Didalam Beg Kedap Udara

Lebihan sayur disimpan di dalam plastik kedap udara dan letakkan di bawah rak peti. Malah ianya juga boleh menjimatkan lebih banyak ruang peti ais berbanding disimpankan di dalam bekas tupperware. Cara ini akan buatkan sayur tersebut lebih tahan lama dan kekal segar.

5. Asingkan Produk Hampir Tarikh Luput

Makanan yang tarikh luputnya sudah hampir hendaklah diletakkan di dalam satu bekas seperti gambar di bawah serta dilabelkan bekas tersebut. Dengan cara ini, ianya dapat mengelakkan daripada pembaziran makanan dan keracunan makanan berlaku.

susunan peti ais

InsyaAllah sekiranya anda mengikuti tips-tips ini, peti ais anda akan sentiasa bersih dan tersusun rapi. Bukan itu sahaja, makanan-makanan di dalamnya sentiasa akan segar dan bersih. Semoga tips ini dapat membantu anda semua dalam penjagaan peti ais di rumah anda.

Kredit : awesomeummi

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down