5 Tips Dekorasi Minimalis Untuk Dilakukan Pada Rumah Kecil

165 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Cuba tengok bagaimana dekorasi rumah anda yang sekarang? Adakah berpuas hati ataupun tidak? Jika anda nak tukar selera dan berubah kepada sebuah dekorasi minimalis ini boleh ikuti tips dekorasi minimalis yang dikongsikan oleh pengguna facebook yang bernama Rosman Ukuran ini.

InshaAllah dengan mengikuti tips yang dikongsikan oleh beliau ini, rumah anda akan kelihatan lebih cantik dan menarik. Tetamu yang datang juga komfirm terpegun tengok dekorasi minimalis yang cantik sebegini. Ayuh kita tengok 5 tips dekorasi minimalis yang bermanfaat untuk dilakukan pada rumah keluasan kecil ini.

5 Tips Dekorasi Minimalis Yang Bermanfaat Untuk Dilakukan Pada Rumah Keluasan Kecil

Disebabkan kos sara hidup yang tinggi, tidak dinafikan ramai yang menyewa atau membeli kediaman bertingkat kos rendah yang mempunyai saiz rumah dan ruangan yang kecil.

Namun saiz dan ruangan yang kecil tidak menghalang kita untuk mendapatkan suasana yang harmoni dan selesa. Terdapat pelbagai cara untuk deco rumah kecil tanpa mengeluarkan belanja yang banyak, tetapi sedap dan sejuk mata memandang.

Disini dikongsikan tips simple yang perlu ada untuk mendapatkan ruangan dekorasi yang diinginkan. Tips simple ini mebolehkan ruangan rumah kecil kelihatan seperti ruangan banglo mewah, terpulang cara dan kekreatifan semasa mendeco.

Tips rujuk dalam gambar. Semoga bermanfaat.

5 Tips Dekorasi Minimalis Yang Perlu Anda Ketahui Untuk Rumah Anda

Tips 1 - Pasang Cermin Untuk Ilusi Luas

  • Teknik ini banyak digunakan untuk mendeco ruangan minimalis, bukan saja sebagai perhiasan tetapi memberi impak ilusi sehingga menampakkan ruangan sempit menjadi luas.
Tips Dekorasi Minimalis

Tips 2 - Pilih Perabot Yang Simple

  • Pemilihan perabot juga penting kerana akan mempengaruhi keluasan ruangan dalam rumah. Untuk rumah minimalis perlu membeli perabot saiz kecil dan simple untuk mengelakkan ruangan tidak menjadi sempit.

Tips 3 - Pemilihan Perabot Mesti Disesuaikan Dengan Warna Dalaman Rumah

  • Dalam pemilihan perabot, warna perabot haruslah diseragamkan dengan warna cat kawasan perabot itu diletakkan. Elakkan pemilihan warna contra, perbezaan warna yang ketara akan mencacatkan pemandangan dan keceriaan kawasan tersebut.
Tips Dekorasi Minimalis

Tips 4 - Tambah Elemen Kehijauan

  • Pokok hiasan perlu ada didalam rumah, dicadangkan pokok hidup atau indoor plant. Selain berfungsi sebagai pokok hiasan untuk menambah seri dalaman rumah, ia juga berfungsi sebagai terapi stress. Jadi dalam keadaan tertekan, tengok tumbuhan hijau dalam rumah dapatlah redakan hati. Rumah berseri, hati pun tak saki.

Tips 5 - Pemilihan Warna Cat

  • Pemilihan warna cat rumah bukan setakat pilih warna cat cantik saja, tetapi kena pastikan ia sesuai kerana akan mempengaruhi mood setiap hari. Kena pilih warna yang menyejukkan mata setiap kali memandang. Dicadangkan ruangan tempat makan dan ruangtamu pilih warna terang lembut yang boleh memantulkan cahaya dengan baik.
Tips Dekorasi Minimalis

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Smeoga tips yang dikongsikan oleh saudara Rosman Ukuran ini mampu meningkatkan lagi dekorasi dirumah lagi.

Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Kredit : Rosman Ukuran

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down