Kenapa perlu cuci sofa? Jangan tunggu sofa tersangat kotor baru nak cuci. Waktu itu kuman, fungus dan bakteria sudah bermaharajalela di dalam sofa anda.
Oleh itu, CuciDServiceGram ada berkongsi tentang kepentingan dan sebab kenapa anda perlu cuci sofa di rumah anda.
2. Menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan. Kotoran pada fabrik tidak boleh hilang dengan cara lap. Tindakan anda lap kotoran pada permukaan sofa hanya memburukkan lagi keadaan sofa. Kotoran yang asalnya berada di permukaan fabrik sofa akan masuk kedalam apabila anda lap permukaan sofa. Hal ini yang menyebabkan bau hapak pada sofa anda.
3. Mematikan segala hama, kulat dan kuman. Hama boleh mendatangkan alergi pada manusia. Lebih-lebih lagi kepada kana-kanak. Hama boleh mendatangkan banyak penyakit seperti gatal-gatal, batuk dan lagi teruk boleh menyebabkan asma.
4. Memberi keselesaan kepada penghuni rumah. Apabila sofa dibersihkan secara rutin, secara tidak langsung mempengaruhi udara di dalam rumah anda. Kerana sofa yang kotor boleh menimbulkan bau hapak dan ini akan memberi ketidakselesaan kepada penghuni di dalam rumah.
5. Mengembalikan warna asal sofa seperti baru. Disebabkan jarang atau tak pernah dibersihkan, warna sofa boleh menjadi lusuh dan pudar. Ianya juga boleh merosakkan fabrik sofa terutamanya, sofa yang berfabrik baldu atau kain mudah meresap air.
6. Menjiimatkan duit dari beli sofa baru. Daripada membazir duit beli sofa baru, adalah lebih baik anda invest duit dengan mencuci sofa. Sofa adalah perabot yang tahan lama, takkan la anda kena beli baru setiap kali sofa kotor kan.
Sampai disini sahaja perkongsian daripada tentang kenapa anda perlu cuci sofa di rumah anda.