6 Contoh Dekorasi Menarik Untuk Bilik Pencinta Anime "Otaku"

1,406 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sebut pasal anime, rasanya semua orang mengenalinya tidak kira golongan kanak-kanak, dewasa mahupun yang sudah berumur. Kalau di Malaysia pula kalau bercerita tentang anime, pasti Dragon Ball dan Naruto yang akan menjadi topik hangat perbualan.

Apabila kita sangat meminati anime itu, pasti kita terdetik mahu hias bilik berkonsepkan anime. Jadi kali ini, Giler Deco mahu berkongsi contoh dekorasi bilik buat pencinta anime yang patut dijadikan inspirasi buat semua penggemar anime.

6 Contoh Dekorasi Bilik Pencinta Anime:

Pencinta Anime atau nama gelaran yang diberikan adalah "otaku" sudah pasti mahukan biliknya dipenuhi dengan konsep dekorasi anime. Pasti ramai otaku di luar sana sedang mencari idea untuk menghias bilik menggunakan konsep anime yang diminati. Jadi Giler Deco ada sediakan beberapa contoh bilik untuk jadikan sebagai inspirasi dalam menghias bilik nanti.

1. Dekorasi bilik gaming berkonsepkan anime.

6 Contoh Dekorasi Menarik Untuk Bilik Pencinta Anime

2. Dekorasi bilik dengan patung figura anime di setiap sudut bilik.

6 Contoh Dekorasi Menarik Untuk Bilik Pencinta Anime

3. Idea dekorasi bilik gaming yang menarik dengan hiasan patung figura.

6 Contoh Dekorasi Menarik Untuk Bilik Pencinta Anime

4. Bilik tidur dengan konsep anime dalam frame. Memang nampak menarik.

6 Contoh Dekorasi Menarik Untuk Bilik Pencinta Anime

5. Ruang Bilik kerja yang berkonsepkan anime dengan susunan patung figura pada rak.

6 Contoh Dekorasi Menarik Untuk Bilik Pencinta Anime

6. Ruang tamu yang menggunakan konsep anime di setiap penjuru. Rak almari untuk menyimpan komik/manga, untuk dinding pula dilekatkan frame anime.

6 Contoh Dekorasi Menarik Untuk Bilik Pencinta Anime

Bagi yang baru mahu berjinak dalam bidang dekorasi bilik berkonsepkan anime ini. Anda disarankan mula dengan membeli wall scroll. Wall scroll ini sangat mudah untuk dijumpai memandangkan banyak penjual yang menjual secara atas talian seperti Shopee dan Lazada.

6 Contoh Dekorasi Menarik Untuk Bilik Pencinta Anime

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam mencari idea dan inspirasi untuk menghias bilik.

Selamat mendeco bilik pencinta anime di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down