Kenapa Aircond Tiba-Tiba Tidak Sejuk, Ini 6 Sebab Utama

Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Pendingin hawa atau aircond merupakan item yang semakin menjadi keperluan di kalangan pemilik rumah. Apatah lagi, cuaca di Malaysia bersifat panas dan lembab sepanjang tahun. Menurut laman web biofriendlyplanet, selain mampu memberikan keselesaan dan mengurangkan haba di dalam rumah, aircond juga boleh membantu menapis udara yang kotor menjadi bersih di dalam rumah.

Namun demikian, sering kali kita mengalami masalah aircond tiba-tiba tidak sejuk atau lambat sejuk. Oleh itu, artikel pada kali ini akan mengupas punca-punca mengapa aircond tiba-tiba tidak sejuk dan juga solusi untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kenapa Aircond Tiba-Tiba Tidak Sejuk?

1. Penapis udara tersumbat

aircond tiba-tiba tidak sejuk

Penapis di dalam aircond secara asasnya berfungsi untuk memerangkap partikel-partikel asing di dalam udara seperti habuk, debu dan sebagainya. Jika anda tidak membersihkan atau servis aircond [baca cara servis aircond dengan pro di sini] secara berkala, penapis udara akan tersumbat dan seterusnya boleh menyebabkan ruang pengaliran udara menjadi sempit. Akibatnya, udara sejuk yang mengalir keluar dari aircond menjadi perlahan. Untuk jangka masa panjang, penapis udara yang tersumbat juga mungkin akan merosakkan motor aircond. 

2. Gegelung pemeluwap (condenser coil)  yang kotor

Gegelung pemeluwap atau condenser coil boleh menjadi kotor sekiranya aircond digunakan di dalam jangka masa yang lama. Habuk-habuk atau serpihan asing di dalam udara boleh melekat pada condenser coil lalu mengakibatkan aircond gagal untuk berfungsi dengan baik. 

3. Pemampat aircond (compressor) rosak

Pemampat udara atau compressor merupakan elemen utama di dalam sesebuah aircond. Ianya berfungsi sebagai alat penyejuk udara untuk unit luar dan dalam aircond. Aircond tidak akan menghasilkan udara yang sejuk sekiranya compressor ini rosak atau tidak berfungsi dengan baik.

4. Memasang aircond yang kecil untuk kapasiti ruang yang besar

Sekiranya anda bercadang untuk memasang aircond di dalam ruang yang besar, anda dinasihatkan untuk membeli aircond yang bersaiz besar. Baca cara-cara untuk memilih aircond yang sesuai di Tips Beli Aircond.

Hal ini kerana, aircond yang bersaiz kecil tidak mampu untuk menyejukkan ruang yang bersaiz besar. Maka, dalam erti kata lain, pelaburan anda adalah sia-sia sahaja. Motor aircond juga boleh rosak kerana ia terpaksa bekerja keras untuk menyejukkan kapasiti ruang yang tidak sesuai dengan kuasa motornya.

5. Bahan penyejuk (refrigerant) bocor

Kebocoran pada bahan penyejuk juga boleh menyebabkan aircond tiba-tiba tidak sejuk. Buat pengetahuan anda juga, masalah ini juga sering kali menjadi penyebab utama aircond gagal berfungsi dengan baik. Bagi sesetengah model aircond, anda akan melihat simbol amaran sekiranya bahan penyejuk bocor. 

6. Penyejat (evaporator) yang kotor

Penyejat atau evaporator aircond juga merupakan antara elemen penting di dalam sesebuah aircond. Jika penyejat rosak, maka aircond tidak dapat mengalirkan udara sejuk dengan baik. Penyejat berfungsi untuk mengalirkan haba panas ke unit luar aircond.

Apakah solusi untuk menyelesaikan masalah aircond tidak sejuk?

1. Servis aircond secara berkala

Aircond anda perlulah diservis setiap 6 bulan sekali atau mana-mana tempoh yang sesuai. Jika anda tidak mempunyai masa untuk berbuat demikian, anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan juruservis aircond berhampiran anda.

2. Membersihkan penapis udara yang tersumbat

Untuk mengelakkan masalah aircond tiba-tiba tidak sejuk, anda haruslah sentiasa memastikan penapis udara di dalam aircond tidak tersumbat. Perlu diingatkan, penapis udara yang tersumbat akan menyebabkan aircond bekerja dengan lebih kuat dan secara tidak langsung bil elektrik anda boleh melambung tinggi.

3. Menggantikan bahan penyejuk aircond setiap tahun

Jika anda kerap sekali menggunakan aircond di rumah, prestasi bahan penyejuk (baca: gas aircond) di dalam aircond akan merundum. Oleh itu, adalah dinasihatkan untuk anda menukar bahan penyejuk aircond sekurang-kurangnya setahun sekali. 

4. Pastikan ruang keluar udara tertutup sepenuhnya apabila tidak digunakan 

Sekiranya anda tidak menggunakan aircond, sila pastikan ruang keluar udara pada aircond anda tertutup sepenuhnya. Hal ini untuk mengelakkan bendasing seperti serangga atau habuk masuk ke dalam ruang aircond lalu boleh merosakkan elemen-elemen aircond. 

Sebagai kesimpulan, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan aircond tiba-tiba tidak sejuk. Jadi, selepas ini sila pastikan anda mengikuti solusi-solusi dan langkah penjagaan yang telah diberikan.

Semoga kupasan dan perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah bermanfaat dan membantu anda.

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Untuk save post, klik LOVE & simpan di profil anda untuk rujukan masa hadapan.
Diterbitkan pada
Februari 25, 2022
Dikemaskini pada
April 24, 2022

Deko Raya 
Bersama Giler Deco

Raya tahun ni pasti meriah tanpa PKP. Pastikan rumah anda tip top dengan inspirasi deko rumah sempena raya di Giler Deco
Dapatkan Inspirasi Raya Anda

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down