Sememangnya menjadi impian setiap orang untuk memiliki kediaman yang selesa dan luas untuk didiami. Namun bukan semua yang tahu cara-cara untuk menghias rumah supaya nampak lebih cantik dan lebih selesa. Walaupun rumah anda merupakan rumah yang bersaiz kecil, namun ianya bukan menjadi alasan untuk anda menghiasinya. Perkongsian kali ini adalah mengenai 6 tips berkesan "renovate" dan hias rumah anda.
Menurut perkongisan daripada Saudara Rahim Zainun, beliau telah kongsikan beberapa tips yang mudah untuk menghias rumah buat mereka yang pertama kali ingin mencuba. Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau.
Sesetengah rumah very tastefully done, sesetengahnya pula agak mengecewakan. Namun begitu, ianya terpulang kepada citarasa masing-masing. Izinkan saya share beberapa tips untuk renovate dan hiasi rumah (terutamanya kepada meraka yang pertaman kali hias rumah).
Pergi tengok rumah contoh (show house) dan copy cara pemaju buat rumah contoh. Selalunya pemaju menggunakan interior designer untuk buat show unit mereka. Jika dibenarkan, ambil gambar guna handphone.
Jangan terburu-buru untuk membeli sesuatu barang. Puaskan hati dengan melihat pilihan yang ada dalam market. Misalnya, saya mengambil masa 6 atau 7 bulan untuk memilih jenis lampu gantung yang sesuai untuk ruang tangga rumah.
I will not settle for anything less than apa yang saya minat dan kena dgn overall concept yang saya mahu.
Pilih design yang tidak terlalu modern atau trendy, kerana ianya akan cepat menjadi out of fashion. Pilih design yang agak konservatif kerana design begini lebih lasting. Furniture yang saya beli, bertahan hingga lebih 20 tahun. Tuan tidak perlu beli satu set, tapi boleh mix and match berdasarkan satu base color.
Untuk ruang tamu, tidak perlu buang duit beli langsir yang mahal, kerana selalunya langsir ditarik ke tepi. Cukup dengan day curtain atau sheer sahaja.
Lebih sesuai memilih warna-warna yang cerah. Ada berbagai shades of white yang anda boleh pilih. Senang untuk matchkan dengan warna furniture atau hiasan dinding.
Wow menarik kan tips-tips yang dikongsikan. Anda semua boleh mencuba dirumah masing-masing. Selamat mencuba.