8 Tips Dan Teknik Asas Yang Betul Untuk Mengecat Rumah

8,741 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Semenjak daripada PKP dari dahulu lagi, ramai yang telah menggunakan tempoh tersebut untuk membuat transformasi, makeover dan ubahsuai rumah. Apabila tiada kerja untuk dibuat, membuat kerja-kerja dirumah seperti mengecat rumah, susun atur perabot dan mengemas rumah adalah rutin harian ketika waktu PKP.

Namun, aktiviti yang paling dilakukan oleh netizen ialah mengubah suai dan mencantikkan lagi rumah mereka. Antara yang paling dilakukan ialah mengecat rumah. Bagi yang dah biasa mengecat tidak akan menjadi masalah bagi mereka namun bagaimana pula dengan yang first time untuk cat rumah?

Jangan risau kerana hari ini, Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda tentang 8 tips dan juga teknik asas untuk mengecat rumah dengan betul. Jangan terlalu terburu-buru mengecat rumah jika tidak tahu basic dahulu. Jom kita tengok apa tips dan juga teknik mengecat dengan betul.

First Time Mengecat Rumah? Baca Dahulu 8 Tips & Teknik Asas Yang Betul Untuk Mengecat

Assalamualaikum. Saya perhatikan ramai yang mengecat dan hasilnya tidak seperti yang didambakan. Jadi, disini saya sebagai bekas pekerja kedai hardware yang menjadi dealer cat jotun ingin kongsikan beberapa tips basic mengecat. Saya bukan pakar atau tukang cat, cuma tahu serba sedikit mengenai cat.

TIPS & TEKNIK ASAS MENGECAT YANG BETUL

1) Pilih Warna Pilihan Yang Anda Inginkan
mengecat rumah

Warna yang sesuai dan sedap mata untuk dimandang. Pilihan warna boleh didapati atau dirujuk template warna daripada kedai2 cat berhampiran anda.

Pergi la ke kedai cat dan tengok lah betapa peningnya nak pilih colour boleh rujuk gambar contoh saya letak tu

2) Mengetahui Jenis Cat "Exterior" atau "Interior"

Sebab cat dinding didatangkan dalam dua jenis biasanya. Untuk exterior (dinding luar) and interior (dinding dalam) paint. Ini jugak penting terutama nak cat bahagian luar. Kena pilih yang exterior sebab memang cat exterior direka khas untuk lebih tahan cuaca, air, dan tahan maki untuk jiran yang mulut puaka kata colour tu tak lawa.

3) Cat Mempunyai Pelbagai Gred & Pilihan
Types of Paint Finishes | Paint Sheen Guide

Ada cat yang kurang bau, ada yang berbau hangit, berbau oren, ada yang berkilat ada yang tidak berkilat dan kalau tak salah ada cat yang boleh sental balik kalau anak2 conteng.

4) Pelbagai Jenama Cat Untuk Dipilih

mengecat rumah

Untuk saya, saya rekemen jotun la sbb saya kerja dengan jotun dulu tapi realitinya memang cat dari jenama Jotun menjadi pilihan hasil perkongsian daripada tukang cat, cat Jotun lebih berkualiti.

Cat sekarang kebanyakkannya water based yang mana lebih mesra alam sekitar, lebih selamat dan senang tanggal kalau terpecik ke lantai ke apa ke.

5)  Cat Primer ( Cat Alas )

Sebelum anda cat rumah, lihat dahulu adakah disana terdapat keperluan untuk mengecat sealer terlebih dahulu sebelum anda terus cat colour base (cat warna pilihan anda).

Biasanya cat sealer akan apply bila pertama kali mengecat dinding rumah which mean dinding memang kosong atau anda nak re-paint your dinding rumah sekiranya dinding tersebut cat lama sudah tanggal dan menggelembung teruk. Tapi anda haruslah buang semua cat2 lama terlebih dahulu barulah apply cat sealer.

Biasanya kalau cat lama anda masih elok, gelembungnya sikit saja jadi tidak perlu menambah kerja. Cat sealer sebenarnya bagus kerana dia melindungi cat warna anda daripada kelembapan dinding dan membuatkan cat warna anda melekat lebih kuat pada dinding dan nampak lebih naik tona nya

6) Cat Warna Putih Dijadikan Sebagai Cat Sealer

Cat sealer TAK SAMA dengan cat putih jadi alas. Fungsi sealer adalah melindungi cat colour. Kalau anda guna cat putih, dia kurang melindungi, dia curang, jadi colour yang anda nak jadi tidak seperti colour dalam code anda tengok atau akan jadi tompok2 putih.

Cat sealer warnanya mmg putih, tapi tak seputih warna putih cat colour. Anda alas 4 atau 5 kali sekalipun cat sealer takkan bertukar menjadi putih pekat kerana fungsinya bukanlah sebagai cat base. Jangan terkejut tengok dinding anda warna tidak rat, bertampung-tampung putihnya. Itu perkara biasa kerana itu cat sealer. 

7) Selepas Cat Sealer Kering Dalam Masa 2 Jam, Baru Boleh Mengecat Semula

Kacau terlebih dahulu. Ini juga bahagian penting untuk cat. Biasanya jika cat tidak dikacau rata, atau tidak digoncang akan membuatkan colour sedikit lari atau membuatkan anda sukar untuk mengelek roller cat.. Boleh kacau pakai kayu ,besi ke. Seeloknya anda cari satu lagi bekas yang lain anda jadikan cat tu mcm “teh tarik” barulah cat tu betul2 bergaul atau bergelumang sesama sendiri.

Tukang cat biasa akan guna teknik bancuhan teh tarik ni. Untuk cat jotun, tak perlu tambah air untuk mengecat. Tambah air hnya bila anda simpan cat itu dan nak cat balik kesesokkan harinya. Itupon hanya letak sedikit air. Jgn nk jimat sgt tmbah air banyak nnti colour dh tak cantik

8) Teknik Mengecat Yang Betul
mengecat rumah
mengecat rumah

Ramai orang ingat mengecat merupakan satu perkara yang senang. Gelek2 roller nanti jadilah colour yang kita nak tu. Kalau senang cmtu takkan tukang cat mintak upah mahal2. Cat pun ade teknik dia. Yang saya tau teknik yang senang dan berkesan ialah cat menggunakan teknik W atau M. Maksudnya arah gelekkan roller tu ikut bentuk huruf W atau M tu.

Lapisan pertama cat akan kelihatan tidak rata tetapi jangan panik barkan jer. Jangan salahkan skill cat anda tunggu sehingga lapisan pertama kering dan mulakan dengan lapisan kedua. Cat sekarang cepat kering dan mudah dibersihkan sekiranya kena tangan just cuci dengan air. Sekiranya anda menggunakan cat yang easy clean, kotoran pada dinding nanti pun mudah untuk dibersihkan. Selepas lapisan cat kedua selesai, anda akan menikmati warna sebenar cat anda

Sumber : Azlan Mohammad

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down