Ubahsuai Rumah Gaya Wainscoting Hari Raya

17,043 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bulan Ramadan sudah semakin hampir untuk melabuhkan tirainya. Jadi, semua pemilik rumah mula berkira-kira untuk melakukan satu projek ubahsuai rumah supaya kelihatan ceria. Pemilik rumah ini memilih untuk melakukan ubahsuai rumah gaya wainscoting hari raya sempena menyambut bulan Syawal yang bakal tiba ini.

Begitu juga dengan pemilik rumah ini yang bernama Ameer Omar. Beliau dan keluarga tidak melepaskan peluang untuk melakukan renovasi rumah untuk menyambut bulan Syawal yang bakal tiba nanti.

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut? Jom ikuti perkongsian ini.

Ubahsuai Rumah Gaya Wainscoting Hari Raya

 

Harini aku nak kongsi deco rumah yang Ibu idamkan.
Semua DIY sebab nak upah orang terlalu mahal.
 
Jadi kami di bantu oleh seluruh ahli keluarga termasuk ipar duai, Pakcik dan sepupu datang menolong sepanjang proses. Setiap gambar ada step-step diterangkan.

Projek ini dimulakan dengan melukis corak yang dikehendaki pada dinding dan tampal masking tape.

Ubahsuai Rumah Gaya Wainscoting Hari Raya

Kemudian cat seluruh dinding.

Dekorasi hari raya
 
Dekorasi hari raya

Keadaan dinding selepas. Cat dan masking tape ditanggalkan.

Dekorasi hari raya
 
Dekorasi hari raya
Proses beli kayu di kedai hardware dan bawa pulang.
 
Dekorasi hari raya
Gosok dengan kertas pasir untuk licinkan permukaan kayu. Selesai licinkan kita cat.
 
deco rumah
Jemur sehingga kering.
 
Dekorasi hari raya
Beliau beli mitre box tersebut khas untuk potong kayu.
 
Dekorasi hari raya
Sampai malam potong lagi kayu tersebut.
 
deco rumah
Proses menampal kayu yang dipotong pada bahagian dinding. Kayu tersebut ditampal dengan menggunakan gam silikon yang dibeli dari Mr.DIY. Selepas menampal kayu, tambah masking tape supaya kayu melekat dengan kemas.
 
Dekorasi hari raya
 
Dekorasi hari raya
Setelah selesai menampal, jangan lupa touch up dengan filler dan cat semula bahagian yang comot tersebut. Masukkan sofa dan tambah hiasan.
 
Dekorasi hari raya
 
Dekorasi hari raya
 
Dekorasi hari raya
Cermin belakang itu beliau tempah dekat kedai cermin.
 
Dekorasi hari raya
Frame Al-Fatihah ini beliau DIY sahaja. Canvas itu beliau buat di kedai printing hanya RM16. Design dan idea dari Google.
 
Dekorasi hari raya
Selesai sudah dekorasi rumah sempena hari raya ini.
 
Selamat hari raya Aidilfitri.
 
deco rumah
 
deco rumah
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down