DIY Pelita Raya Homemade Yang Sangat Mudah Dan Jimat

998 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Lagi beberapa hari seluruh umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri. Dahulu kala, orang ramai akan menyalakan pelita bagi memeriahkan suasana pada malam raya.

Walau bagaimanapun, tradisi ini semakin dilupakan disebabkan oleh kesibukan dalam melaksanakan tugas harian. Namun begitu, tak ada masa untuk mencari buluh atau membeli minyak tanah bukan lagi suatu alasan.

Hal ini demikian kerana pelita raya juga dapat dibuat sendiri menggunakan bahan yang ada di dalam rumah sahaja. Tidak percaya? Jom sama-sama kita saksikan perkongsian daripada Fadil Dil mengenai pelita raya homemade yang dilakukannya. Sangat cantik dan mempersonakan.

Cara Buat Pelita Raya Semudah ABC. Budak Sekolah Pun Boleh Buat

@fadildil12

Balas kepada @asriaril95 abang ni mintak cara buat pelita bunga part 2..yang kata minyak masak mahal.boleh pakai minyak terpakai.#diy #aidilfitri2022 #foryou #fypã‚· #fyp #part2 #pelitaraya2022

♬ Selendang Mak Inang - Allahyarham Hamzah Dolmat

Bahan-bahan:

  • Bekas kecil
  • Minyak masak
  • Pewarna
  • Pelapik berbentuk bunga
  • Sumbu pelita

Langkah-langkah Buat Pelita Raya

1.Isi air paip di dalam jug.

2. Letakkan pewarna supaya nampak lebih cantik.

pelita raya

3. Isikan larutan air dan pewarna tadi ke dalam bekas kecil. Nak isi dalam cawan kaca pun boleh.

4. Kemudian tuang minyak ke dalam bekas tadi. Jangan tuang sampai melimpah keluar dari bekas ye. Korang nak guna minyak masak terpakai pun boleh.

5.Letakkan pelapik berbentuk bunga di atas lapisan minyak tadi.

6. Dah boleh letakkan sumbu di atas pelapik berbentuk bunga. Sumbu tu kalau korang nak pakai tali mop atau tisu pun boleh.

pelita raya

7. Nyalakan pelita and done!

Pergh! Memang cun teruk hasil dia. Mudah je kan nak buat pelita raya ni. Daripada membazir duit beli yang dekat pasaraya tu, baik buat sendiri je.

pelita raya

Sekian sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai pelita raya homemade yang sangat mudah dan yang paling penting jimat! Semoga perkongsian ini dapat membantu korang dalam menghasilkan dekorasi raya yang cantik dengan modal yang rendah.

Sumber: @fadildil12 (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down