Apabila bercakap mengenai hasil wainscoting dirumah ini pasti ramai yang membuatnya. Daripada wainscoting dinding, wainscoting frame hinggalah ke wainscoting cermin. Wainscoting juga mampu membuatkan dekorasi rumah anda nampak cantik dan menarik.
Macam yang dilakukan oleh Adam Amirah Aminah, beliau telah berkongsikan bagaimana beliau melakukan dekorasi wainscoting dengan bajet yang rendah. Perkongsian tersebut telah dikongsikan dilaman sesawang Facebook.
Giler Deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda semua bagaimana Adam Amirah ini melakukan wainscoting dengan bajet RM100 dirumahnya. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.
Projek sewaktu zaman pkp 1.0. Banyak kerja yang hendak dilakukan. Wainscoting semua ni saya beli kat shopee dengan bajet hanya didalam rm50.
Nanti saya sertakan gambar untuk tujuan anda semua tengok.Saya sertakan gambar cat. Cat yang saya guna adalah warna cream. Harga dalam rm30 lebih
Bahan-Bahan Yang Diperlukan :-
Proses Membuat Wainsctong Bajet
Berikut merupakan proses semasa membuat projek wainscoting ini. Untuk wainscoting, kami letakkan selotape dahulu untuk tengok dan laraskan kedudukan wainscoting kayu tersebut.
Si suami sedang gigih melakukan wainscoting. Wainscoting tersebut dilekatkan menggunakan gam kayu.
Ada pembantu sudi tolong untuk mengecat.
Selesai sudah proses mengecat dinding wainscoting ini. Sekarang cuma perlu tunggu untuk kering sahaja.
Hasil Akhir Dekorasi Wainscoting Bajet Ini
Tadaaa!!! Inilah dia hasil akhir dekorasi wainscoting yang dilakukan oleh kami sekeluarga ini. Walaupun harga bajet tapi sangat puas hati kerana ia membuatkan rumah anda nampak cantik.
Sumber : Adam Amirah Aminah