Idea Deko Ruang Tamu Memanjang Berukuran 10 Kaki Lebar

15,141 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ruang tamu merupakan tempat di mana anda dan keluarga anda meluangkan masa bersama. Ia juga salah satu tempat yang boleh anda beristirehat selepas pulang dari kerja. Tentu ramai yang inginkan ruang tamu yang cantik dan selesa, tetapi ia tak semestinya dekorasi yang mewah, sudah cukup untuk sedap mata memandang.

Seperti yang dikongsikan oleh Aryana Boutique, beliau telah deko ruang tamu rumah dengan skema warna yang cantik dah mewah. Jom kita lihat idea deko ruang tamu rumah beliau.

Inspirasi Deko Ruang Tamu Rumah Nampak Mewah & Elegant

deko ruang tamu

Keadaan ruang tamu rumah beliau. Warna langsir dan karpet menjadikan ruang tamu beliau kelihat mewah. Manakala, lukisan seni yang tergantung pada dinding dapat menaikkan lagi seri ruang tamu rumah beliau.

Susun atur perabot beliau sangat sistematik dan sangat mudah untuk keluar dan masuk ruang tamu.

Ini adalah dekorasi ruang makan. Gabungan warna emas dan kelabu menjadikan ruang tersebut kelihatan berseri dan cantik. Dapat kita lihat disini, ruang tamu rumah beliau adalah memanjang.

Beliau telah membahagikan ruang tamu tersebut kepada dua bahagian iaitu satu ruang makan dan satu lagi ruang menonton televisyen.

Ini adalah dekorasi ruang menonton televisyen.

Dekorasi bunga hiasan pada ruang tamu.

Sungguh cantik dan menawan beliau deko kabinet pada ruang tamu dengan adanya bunga, lampu, dan cermin hiasan.

Keseluruhannya, ruang tamu rumah beliau kelihatan sungguh cantik dan mewah. Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda semua untuk deko ruang tamu pada rumah anda.

Kredit : Aryana Boutique

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down