Kalau duduk rumah tanpa buat apa-apa sudah pasti perasaan bosan akan menghantui diri kita. Jadi, untuk memanfaatkan masa ketika di rumah, tidak salahnya jika cuba menghasilkan projek DIY bagi mencantikkan ruang tamu kediaman kita.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Dka Rby. beliau telah berjaya menghasilkan projek DIY cermin wainscoting hanya guna barang dari Shopee sahaja.
Jadi, jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Alhamdulillah siap projek cermin wainscoting. Buat sendiri sahaja dan buat-buat tengok sahaja.
Yang banyak siapkan encik suami. Terima kasih encik suami barang-barang semua beli dekat Shopee.
3 hari 3 malam dia punya semangat nak siapkan projek ni akhirnya membuahkan hasil juga.
Link Shopee Barangan Yang Digunakan :
Keadaan ruang pada bahagian dinding semasa proses pemasangan cermin wainscoting dilakukan.
Pemasangan bingkai wainscoting cermin sedang giat dijalankan.
Dinding ruang tamu semasa proses pemasangan bingkai besar dilakukan.
Bingkai tersebut dilekatkan dengan menggunakan gam X Bond.
Cermin wainscoting telah siap dipasang.
Pandangan lebih jelas keadaan cermin dinding wainscoting.
Lampu LED dipasang pada bingkai wainscoting tersebut.
Jenis lampu yang digunakan adalah ECO series.
Keadaan ruang tamu pada waktu malam.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam cuba untuk melakukan DIY cermin wainscoting di rumah.
Semoga bermanfaat.