Pokok Skybird - Tips & Cara Penjagaan Pokok Hidup

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pokok skybird menjadi carian yang trending di kalangan rakyat Malaysia sejak akhir-akhir ini. Daunnya yang tinggi, lebar dan menghijau menjadi daya tarikan yang unik, lebih-lebih lagi jika diletakkan di sudut ruang tamu rumah.

Pokok ini sebenarnya dikenali dengan nama bird of paradise atau Strelitzia dan berasal dari Afrika Selatan. Dek kerana cuaca yang hampir sama, ia sangat sesuai ditanam di Malaysia sebagai pokok taman atau sebagai pokok hiasan dalam rumah.

Jika mendapat matahari yang cukup, ia akan menghasilkan bunga berwarna oren, merah atau kuning yang berbentuk seakan-akan burung. Sebab itulah namanya skybird.

Pokok skybird tiruan juga menjadi pilihan pemilik rumah yang tidak mempunyai masa untuk menjaga pokok hidup. Namun, pokok skybird yang ditanam di dalam rumah, biasanya tidak berbunga.

Kenapa pokok skybird viral di Malaysia?

Terdapat beberapa faktor yang menjadikan pokok ini semakin mendapat nama di Malaysia, iaitu:

  • Nilai estetika - memberikan suasana rumah tropika sesuai dengan cuaca di Malaysia yang panas. Daunnya lebar dan panjang menjadikan ruang tamu rumah nampak dramatik & elegan.
  • Penjagaan yang mudah - memerlukan cahaya yang cukup dan tanah poros yang mampu mengalirkan air dengan baik. Tanah haruslah sentiasa lembap namun harus berjaga-jaga daripada terlebih menyiram.

Di manakah ruang yang sesuai untuk diletakkan pokok skybird?

Ruang tamu dan bilik yang mempunyai cahaya matahari yang bagus merupakan tempat yang paling sesuai untuk meletakkan pokok ini. Pastikan tinggi pokok yang anda beli bersesuaian dengan ruang kerana pokok ini boleh membesar sehingga ketinggian 3 hingga 8 kaki dan lebarnya juga boleh menjangkau 6 kaki.

pokok skybird
Oleh @home_by_bo di Instagram

Bagaimanakah cara yang betul untuk menjaga pokok skybird di rumah?

  • Cahaya: Letakkan pokok skybird anda di ruang yang mempunyai cahaya matahari yang cukup seperti di ruang tamu atau di pintu masuk rumah anda. Jika daunnya tampak kekuningan, alihkan pokok ke tempat yang menerima lebih banyak cahaya matahari.
  • Tanah : Gunakan tanah poros yang mampu mengalirkan air dengan baik.
  • Air : Siram pokok skybird anda secara berjadual untuk memastikan tanah tidak terlalu kering. Jangan gunakan air yang mengandungi banyak garam kerana ini akan membuatkan daun seperti terbakar. Sebaiknya gunakan air bertapis atau air hujan. Jika cuaca terlalu kering, semburkan air di bahagian daun setiap hari. Jangan gunakan alkohol atau racun serangga kerana dikhuatiri daun akan rosak.
  • Serangga: Kutu bena dan hama sangat suka singgah pada daun pokok skybird. Lapkan daun setiap minggu dengan menggunakan kain basah.
  • Baja : Baja seminggu sekali menggunakan baja organik yang selamat untuk digunakan bagi pokok hiasan dalam rumah.
  • Pasu : Pasu yang rendah akan menaikkan rimbunan daunnya yang lebar, pasu yang tinggi akan membuatkan ketinggian pokok lebih menyerlah.
Pro Tips

Mengelap daun seminggu sekali juga menghilangkan debu-debu pada permukaan daun dan menjadikan pokok mampu berfotosintesis dengan baik. Anda akan mendapat daun yang lebih cantik dan segar.

Pokok skybird ke heliconia?

Ramai yang keliru antara dua spesis pokok ini kerana rupanya yang seakan-akan sama. Perbezaan ketara antara kedua pokok ini Ialah pada bentuk bunganya. Bunga heliconia kelihatan seperti sepit udang manakala bunga bird of paradise pula seakan-akan paruh burung dan warnanya lebih menyerlah.

Agak sukar sebenarnya untuk membezakan pokok bird of paradise yang sebenar dengan heliconia hanya dari daunnya. Hanya jauhari mengenal manikam, jadi bertanyalah kepada yang pakar. Walau bagaimanapun, cara penjagaan untuk kedua-dua pokok tersebut adalah hampir sama.

bunga pokokskybird
Bunga pokok skybird. Oleh Renee Fisher di Unsplash
bunga pokok heliconia
Bunga pokok heliconia. Oleh Manfred Richter di Pixabay

Di mana nak beli pokok skybird hidup?

Pokok skybird hidup boleh didapati di nurseri yang menjual pokok, namun agak sukar juga untuk mendapatkannya. Anda boleh memesannya dari kedai-kedai yang menjual secara online. Berikut merupakan senarai kedai yang menjual pokok skybird hidup dan mempunyai reviu yang bagus di Shopee dan Lazada:

Pokok Skybird oleh VV Garden

Terdapat 5 pilihan saiz

GN Horti Online Shop

Produk-produk di kedai ini adalah ready stock & dibalut dengan kemas

Di mana nak beli pokok skybird tiruan?

Sekiranya anda tidak mempunyai banyak masa untuk menjaga pokok hidup, anda juga boleh mendapatkan pokok skybird tiruan untuk dijadikan deko ruang tamu anda.

pokok bird of paradise
Oleh Afiqah Zamberi

Pokok skybird tiruan boleh didapati dalam beberapa jenis saiz (110 - 270 cm) dan bilangan daun. Walaupun harganya sedikit mahal berbanding pokok skybird hidup, namun pastinya sangat berbaloi apabila melihat rumah anda makin berseri.

Anda boleh mendapatkan pokok skybird ini di kedai Shopee pisbwedding https://shopee.com.my/READY-STOK-R070477-78-79-Premium-Skybird-Tree-10-15-20-24-27-Leaves-i.134093931.2608658058?sp_atk=279def33-b8d0-4d13-87eb-450d708e64fa yang mempunyai produk ready stock dan packaging yang selamat untuk setiap pokok hiasan yang dipesan.

Itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Jom deko-deko.

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down