Penggunaan aircond di Malaysia sememangnya sesuatu yang tidak asing lagi. Hari demi hari, penggunaan pendingin hawa semakin popular seiring dengan perubahan cuaca yang tidak menentu di negara kita. Waima ianya mampu memberi seribu kebaikan kepada kita, namun, masalah utama yang sering kita dengar adalah kos penggunaan aircond dari segi penyelenggaraan mahupun kos elektrik.
Mari kita lihat 4 tips jimat aircond yang boleh anda aplikasikan supaya bil elektrik anda untuk bulan seterusnya tidak lagi melambung.
Waktu yang sesuai untuk menggunakan aircond secara lazimnya adalah pada waktu siang. Hal ini kerana suhu pada waktu siang adalah lebih tinggi berbanding waktu malam.
Oleh kerana pada waktu siang anda telah menggunakan aircond dalam jangka masa yang panjang, anda perlu mengurangkan penggunaan aircond pada waktu malam. Tambahan pula waktu malam mempunyai cuaca yang rendah dan lebih sejuk. Jadi susah memadai jika anda menggunakan kipas sahaja pada waktu malam.
Jika anda ingin juga menggunakan aircond pada waktu malam, anda boleh menjimatkan kos penggunaan dengan cara menetapkan pemasa atau timer. Dengan cara yang demikian, penggunaan tenaga akan berkurangan sekaligus meminimumkan kadar kos elektrik.
Sebagai tips jimat aircond, anda perlu mengetahui mode yang sesuai digunakan ketika memasang aircond. Mode yang paling sesuai untuk penjimatan adalah mode kering atau dry mode. Pada mod kering atau dry ini, suhu terendah yang boleh dicapai adalah 25°C, maka kompressor alat penghawa dingin tidak akan menggunakan tenaga elektrik yang terlampau tinggi di dalam mod ini. Buat pengetahuan anda, penggunaan tenaga adalah maksimum ketika suhu aircond berada di bawah 25 °C.
Harap maklum bahawa penggunaan elektrik oleh alat penghawa dingin anda adalah pada tahap maksimum sekiranya anda menetapkan mod sejuk atau cool dengan suhu 16°C.
Jadi, pada waktu malam, disarankan supaya anda menetapkan sahaja alat penghawa dingin anda pada mod Kering/Dry bagi menjimatkan penggunaan elektrik.
Sebagai tips jimat aircond yang pertama, sebelum membeli pendingin hawa, anda haruslah terlebih dahulu mengetahui saiz ruang supaya compatible dengan kapasiti aircond. Kapasiti aircond biasanya dikira di dalam unit HP (Horse Power) dan kapasiti yang kebiasaannya terdapat di pasaran adalah 1HP, 1.5HP, 2HP, 2.5HP dan 3HP. Berikut disertakan cara pengiraan kapasiti aircond mengikut saiz ruang. Terdapat dua versi pengiraan. Anda boleh memilih mana-mana yang sesuai.
Versi 1
Langkah 1: Kira luas bilik.
Luas bilik = tinggi x lebar bilik
Langkah 2: Kira kapasiti aircond
Kapasiti aircond = luas bilik x 60 / 9000, unit luas adalah unit persegi
Contoh pengiraan:
Sebuah bilik mempunyai tinggi 16 kaki dan lebar 20 kaki.
Luas bilik = tinggi x lebar = 16 x 20 = 320 kaki persegi
Kapasiti aircond = 320 x 60 / 9000 = 2.13 HP
Maka, kapasiti aircond yang sesuai adalah 2.5 HP
Versi 2
Langkah 1: Kira isipadu bilik
Isipadu bilik = panjang (ft) x lebar (ft) x tinggi (ft) , di mana unit isipadu adalah V ft³
Langkah 2: Darabkan isipadu dengan 6
C1 = V x 6, hasil darab disebut sebagai C1
Langkah 3: Anggarkan jumlah orang (P) yang akan menggunakan bilik tersebut. Setiap orang mengeluarkan lebih kurang 500 BTU/jam haba dari badan mereka untuk aktiviti harian biasa.
C2 = P x 500 BTU/jam, C2 adalah jumlah haba bagi semua orang
Langkah 4: Jumlahkan kedua-dua nilai C1 dan C2 untuk mencari kapasiti
C = C1 + C2, di mana unit C masih BTU/jam
Langkah 5: Setelah dapat nilai C, rujuk jadual di bawah.
Nilai C (BTU/jam) | Kapasiti |
9000 - 10000 | 1HP |
11000 - 15000 | 1.5HP |
16000 - 20000 | 2HP |
21000 - 27000 | 2.5HP |
Contoh pengiraan:
Sebuah bilik berukuran 16' x 20' dengan ketinggian 9.8 kaki (3 meter) dan diduduki oleh 2 orang. Maka pengiraan kapasiti penghawa dingin adalah:
V = Panjang x lebar x tinggi
= 16 x 20 x 9.8 = 3136
C1 = V X 6
= 3136 x 6 = 18816
C2 = P X 500 BTU/Jam
= 2 x 500 BTU/Jam = 1000
C = C1 + C2
= 18816 + 1000 = 19816 BTU/Jam
19816 termasuk dalam range 16000 - 20000 BTU/jam. Maka kapasiti penghawa dingin yang sesuai ialah 2.0HP.
Kesimpulannya, ternyata banyak tips jimat aircond dan kaedah yang boleh anda lakukan untuk membantu meminimakan kos penggunaan aircond. Selepas ini anda tidak perlulah lagi risau akan kos elektrik yang melambung dek penggunaan aircond di rumah. Semoga artikel tips jimat aircond ini membantu dan bermanfaat buat anda.