Memiliki ruang pantri memang menjadi idaman setiap suri rumah. Dengan adanya ruang pantri, ia akan lebih memudahkan kita untuk menyusun barangan, perkakasan dan rempah ratus di dapur.
Perkara tersebut telah dikongsikan oleh suri rumah ini yang bernama Nur Amani Abdul Rani. Beliau telah menunjukkan projek DIY guna guna rak IKEA hasilkan ruang pantri yang dilakukan oleh suaminya.
Jom ikuti perkongsian yang menarik ini.
My small pantry, expectations vs reality
Kodek-kodek pinterest dapat idea guna rak IKEA sahaja. Sangat Jimat. Jadi la my small pantry area. Hari-hari kelebek ni pun dah bahagia.
Saya suka organize-organize barang ni, tak tidur pun tak apa.
Mula-mula, beliau sekadar hanya menunjukkan gambar pinterest ini dekat suaminya. Lalu suaminya berkata "ruang tak cukup sayang nak buat macam ini".
Namun, suaminya usahakan juga. Suaminya memilih untuk hasilkan ruang pantri dengan menggunakan rak IKEA.
Proses mengukur keluasan rak yang ingin dijadikan pantri tersebut.
Proses pemasangan rak sudah hampir siap dilakukan.
Walaupun tidak cukup ruang, tetap gigih buat untuk isteri tersayang. Setiap suami pasti mempunyai sifat seperti ini. Tetap cuba tunaikan hasrat isteri. Kita sebagai isteri patut bersyukur jika dapat suami seperti ini.
Hasil deco ruang pantri selepas selesai dilakukan DIY.
Pandangan dari sisi ruang pantri setelah barangan dimasukkan.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari idea dan sumber inspirasi untuk hasilkan ruang pantri mengikut pilihan hati.
Semoga bermanfaat.