DIY Pintu Tabletop Diperbuat Daripada Kerangka Aluminium

15,929 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sesiapa yang mempunyai sebuah tabletop dirumah boleh dikatakan bertuah. Namun, jika tabletop tersebut tidak mempunyai pintu akan nampak tidak lengkap dan terasa kosong. Jadi, lebih elok anda lakukan sebuah projek diy pintu tabletop untuk dilakukan pada ruang tabletop tersebut.

Untuk anda yang ingin melakukan diy pintu untuk tabletop ini boleh merujuk kepada perkongsian yang dikongsikan oleh Faisal Mohammad ini. Beliau menunjukkan cara untuk melakukan diy pintu tabletop yang simple dan mudah ini. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

DIY Pintu Tabletop Yang Diperbuat Daripada Kerangka Aluminium Bermodalkan RM1200

Assalamualaikum. Sedikit perkongsian DIY sepanjang pkp. Tabletop ni dah lama tak berpintu jadi kita buat pintu bagi nampak kemas. First time jugak diy guna material aluminium memang amik masa dengan saiz table top 6 kaki x 8 kaki supaya hasilnya kemas.

Kos menggunakan aluminium ni boleh tahan juga sebab kawasan saya jauh dari kilang pembuatan aluminium cuma ada 1 kedai hardware yang jual peralatan aluminium jadi demand harga tinggi.

Walaupun kos guna material aluminium memang mahal tetapi proses pembuatan lebih mudah berbanding material kayu kerana aluminium datang dari kilang sumenye lurus dibandingkan kayu.

Berbekal semangat juang yang tinggi dan tak mudah putus asa amik hampir 2 bulan on/off untuk menyiapkan kesemuanya. Insha'Allah kalo ada rezeki, cita2 nak buat kabinet gantung kat atas tu pulak.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan gambaran dan inspirasi serta rujukan untuk kita berDIY mengisi masa lapang.

Bahan-Bahan Asas Yang Diperlukan Untuk Lakukan DIY Ini

DIY Pintu Tabletop

Proses Untuk Melakukan DIY Pintu Tabletop Ini

Kerangka frame aluminium tabletop dipasang.

DIY Pintu Tabletop

Rail slider dipasang untuk drawer cutlery.

Bahagian drawer barangan di pasang rail slider.

DIY Pintu Tabletop
DIY Pintu Tabletop

Pinggan paling lebar diletakkan untuk tujuan hendak mendapatkan saiz maksimum ruangan meletakkan pinggan.

DIY Pintu Tabletop

Frame pintu aluminium dipasang untuk diuji sama ada bergesel atau tidak.

Kotak drawer dipasang kekemasan formica Dan bahagian tepi dilekatkan edging.

DIY Pintu Tabletop
DIY Pintu Tabletop

Bahagian dinding partition yang siap dipasang acp putih.

DIY Pintu Tabletop

Sukatan saiz acp merah untuk pintu yang dibawa kedai aluminium untuk dipotong sebab nak bawak balik tak boleh saiz besar perlu dipotong dengan saiz yang tepat supaya tak rugi.

Sukatan saiz acp putih untuk bahagian pembahagi dinding.

Air ventilation untuk pengaliran udara diletakkan pada pintu tabung gas dan bawah sinki.

Rail slider untuk drawer.

Sumber : Faisal Mohammad

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down