Penghasilan dekorasi rumah yang sangat kreatif dan menarik datangnya dari pemilik rumah yang mementingkan persekitaran rumah supaya sentiasa kelihatan cantik.
Selain dari deco bahagian dalaman rumah, bahagian luaran rumah juga perlu dideco dengan konsep yang pilihan hati. Seperti yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Ady ZM, beliau melakukan projek DIY pagar rumah persis gaya jongkong batu yang sangat kreatif dan menarik.
Sekali pandang, mungkin kita akan lihat seperti pagar yang diperbuat daripada jongkong bata. Namun sebenarnya tidak, ia hanyalah kepingan seperti papan yang ditampal pada bahagian pagar tersebut dengan menggunakan gam extraseal jenama Xbond.
Jadi, untuk melihat bahagian pagar selepas diubahsuai, boleh teruskan bacaan dengan lebih lanjut di bawah ini.
Kita ubah selera sikit. Beli barang kemudian buat sendiri.
Ini adalah bahan yang digunakan untuk projek DIY pada kali ini, barangan seperti yang disenaraikan dibawah ini.
Bahagian pagar sebelum diubahsuaian. Ia kelihatan kosong dan kurang menarik.
Keadaaan dinding kawasan pagar semasa proses DIY dilakukan. Menarik apa yang dilakukan ini. Kelihatan seperti pagar yang diperbuat dari jongkong batu merah.
Bahagian pagar rumah setelah ubahsuai selesai dilakukan.
Pandangan penuh kawasan pagar rumah setelah selesai dilakukan deco simple yang sangat cantik dan menarik.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari sumber idea dan inspirasi untuk ubahsuai pagar rumah dengan konsep yang pilihan hati.
Semoga bermanfaat.