DIY Pagar Tambahan Guna Shera Plank Modal RM1.8K

10,812 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Pagar tambahan ini sememangnya menjadi keutamaan semua orang diluar sana. Tujuannya ialah untuk menambahkan lagi keserian dan kecantikkan rumah anda dan juga boleh dijadikan penghalang daripada dipandang oleh orang luar. Jadi, ada sedikit privasi jika kita ingin melakukan aktiviti luar rumah.

Perkongsian daripada Nur Azreen Idayu ini mampu memberikan gambaran kepada anda semua bagaimana hasil selepas melakukan DIY pagar tambahan ini. Beliau juga turut menyenaraikan barangan yang diperlukan dan juga proses melakukan pagar ini.

Menurut beliau lagi DIY ini sangatlah simple dan juga murah. Ianya bermodalkan hanya RM1.8k. Jadi, jimatlah daripada mengupah orang membuatnya. Jom kita tengok perkongsian daripada Nur Azreen Idayu ini.

DIY Pagar Tambahan Pada Rumah Menggunakan Shera Plank Bermodalkan RM1.8K

Hasil sepakat membawa berkat #kerjasama #homesweethome #rumahkusyurgaku #KKD #stayathome

Cerita PKP 3.0 kami. Beli2 barang siap2 delivery terus depan pintu. Memang terbaik.

Kesemua DIY ini memakan modalk dalam RM1.8k ni siap beli cat dinding luar. Ianya lagi banyak jimat sebab dah tanye contractor haritu. Ia cakap  nak ambil dalam RM5.8k.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk DIY Pagar Ini

DIY Pagar Tambahan

Langkah-Langkah Untuk Melakukan DIY Pagar Tambahan

Pertama sekali, shera plank yang sampai ni sangatlah panjang. Jadi, terpaksa ayah potong untuk sama panjang dengan pagar rumah.

Dah siap potong beginilah jadinya. Kia biarkan dahulu pagar ni. Beralih pula kepada proses mengecat pagar rumah agar kelihatan cantik.

DIY Pagar Tambahan

Proses mengecat pagar asal dilakukan.

Sementara itu pula, ayah pula mengecat shera plank dengan warna yang diidamkan untuk pagar rumah ini.

DIY Pagar Tambahan

Anak lelaki pun turut membantu mengecat. Lagi ramai tolong, lagi cepatlah siap.

Alhamdulillah, siap juga akhirnya proses mengecat pagar yang asal.

DIY Pagar Tambahan

Hasil Akhir DIY Pagar Rumah Yang Dilakukan

Inilah dia hasil selepas siapnya memasang kesemua shera plank pada pagar yang asal ini. Barulah nampak cantik dan privasi pun terjaga daripada pandangan orang luar.

DIY Pagar Tambahan

Sumber : Nur Azreen Idayu

Nampak cantik dan privasi pun terjaga. Jimat pun jimat, tak perlu nak upah orang. Sudah ramai yang menggunakan shera plank ini untuk membuat pagar, sangat kemas dan cantik.

Semoga bermanfaat!

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down