Projek mencantikkan kawasan rumah tidak kira luaran atau dalaman memang menjadi kegilaan pemilik rumah pada masa kini. Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Atie Basri. Beliau telah memilih untuk mengubahsuai kawasan rumah dengan konsep yang cukup simple tapi kelihatan seperti high class.
Penghasilan konsep ubahsuai pada kali ini bukanlah menggunakan gaya wainscoting walaupun ramai menyuruhnya membuat wainscoting. Namun, beliau tidak berminat oleh kerana faktor penggunaan wainscoting sudah menjadi trend.
Jika ingin mendekorasi rumah mengikut trend, sampai satu masa akan lapuk juga. Beliau lebih menggemari design moden ala english yang berkonsepkan elegan dan sangat simple. Orang putih kata less is more.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian dekorasi rumah yang menarik ini.
Keadaan dalam rumah sebelum diubahsuai dengan konsep baru. Rumah yang dihuni ini sudah setahun beliau berpindah masuk di sini.
Keadaan ruang tamu makan selepas diubahsuai. Bahagian tingkap tersebut ditutup dan ditukarkan dengan cermin hiasan kerana ingin menjaga privasi sewaktu tetamu datang bertandang. Hal ini kerana, kawasan belakang tersebut adalah ruang dapur untuk memasak.
Keadaan ruang tamu rumah selepas diubahsuai.
Bahagian pintu masuk utama sebelum diubahsuai.
Pintu masuk selepas diubahsuai.
Hiasan pada bahagian sudut ruang tamu.
Bahagian tangga selepas diubahsuai.
Ruang dapur sebelum diubahsuai.
Ruang dapur setelah diubahsuai.
Bahagian tepi halaman rumah sebelum diubahsuai.
Proses-proses ubahsuai dilakukan dan sudah hampir siap.
Bahagian halaman tepi rumah setelah selesai diubahsuai.
Hiasan-hiasan diletakkan bagi menampakkan kawasan tersebut lebih menarik.
Bahagian dapur setelah selesai diubahsuai sepenuhnya.
Kesimpulannya, kita juga boleh melakukan ubahsuai rumah berkonsepkan simple dengan gaya minimalis, sekaligus ianya boleh membuatkan kediaman lebih mewah.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat memberi inspirasi dan idea untuk semua pembaca dalam menghasilkan ubahsuai rumah.
Semoga bermanfaat.