Tips Elak Kena Sihir Duit Syiling Di Sekeliling Rumah

1,155 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Percaya atau tidak, pada zaman moden kini, sihir masih lagi di amalkan walaupun sudah memasuki era kemodenan yang pesat membangun. Namun, perbuatan syirik masih lagi terus berleluasa dalam kalangan kita bagi memenuhi kehendak dan nafsu sendiri.

Itu yang dikongsikan oleh lelaki ini yang bernama Are Fiq. Setelah beliau hampir menjadi mangsa sihir dengan menggunakan syiling dan wang kertas yang diletakkan di kawasan persekitaran rumahnya. Jadi, beliau mahu berkongsi beberapa tips elak kena sihir seperti yang dialami olehnya.

Jadi, jom ikuti tips elak kena sihir yang ingin dikongsikan olehnya.

Tips Elak Kena Sihir Dengan Guna Siling

Bismillah,

Aku pun tak paham apa orang nak buat khianat dekat aku dan keluarga.

Yang aku tahu kalau kumpul duit keliling rumah aku ni, memang banyak, tiap kali buang mesti ada balik.

Yang mana cuba nak buat khianat tu insaf lah nak, aku ni bukannya berniaga juta-juta, orang senang nak buat macam-macam,

Boleh rujuk gambar di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

tips elak kena sihir
Gambar 1 : Dekat compressor aircond luar rumah.
tips elak kena sihir
Gambar 2 : Depan rumah dekat tempat ikan.
tips elak kena sihir
Gambar 3 : Dalam peti surat.

Amaran! Jangan Sesekali Kutip Duit Syiling Yang Anda Jumpa!

  • Syiling dihalaman rumah.
  • Syiling didepan pintu rumah.
  • Syiling disebelah kereta anda.
  • Syiling yang tak tahu asal-usulnya.

Sebagai contoh, anda nak masuk kereta tiba-tiba ada syiling di atas lantai sebelah kereta anda. Sedangkan semasa anda turun kereta syiling berkenaan tiada di situ.

Contoh yang kedua, anda nak keluar rumah tiba-tiba ternampak syiling dihadapan rumah, jangan terus ambil ya. Zaman sekarang jika orang nak sihir, berbagai-bagai cara.

Akibat khianat daripada sihir syiling yang disaluti tanah kubur, boleh jadi merana satu badan, bila malam berdenyut-denyut, bisa-bisa sampai menangis menahan kesakitan, berhati-hatilah apabila terjumpa sihir seperti ini.

Jangan sesekali cuba sentuh, sekiranya tiada keyakinan diri dan doa-doa pendinding diri, sebaliknya sapulah dan terus buang.

Cara Batalkan Sihir Khianat:

Ambil 1 jug air dan 3 biji limau nipis, perahkan ke dalam jug air, ambil segenggam garam kasar, larutkan bersama air dan perahan limau tadi, kemudian bacakan doa ini pembatal sihir:


Fa-lammâ ‘Alqaw Qâla Muusâ Mâ Ji'tum Bihis-Siḥr; 'Inna-LLâha Sa-Yubţiluh; 'In-Na-LLâha Lâ Yuṣ-Liḥu ‘Amalal-Mufsidiin ۝ Wayu-Ḥiqqu-LLâhul-Ḥaqqa Bi-Kalimâ-Tihii Wa Law Karihal-Mujri-Muun ۝ (Ayat 81 - 82) surah yunus

Kemudian siramkan di tempat tapak atau kawasan yang terletaknya syiling yang dijumpai. InsyAllah dengan izin Allah, sihir itu akan terbatal.

Itu sahaja perkongsian mengenai tips elak kena sihir pada kali ini. Semoga kita dijauhi dari hasad dengki dan perbuatan keji seseorang. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down