Batalkan Niat Nak Bagi Bantuan Selepas Lihat Keadaan Dalam Rumah

2,823 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ada antara kita yang jenis "low profile". Walaupun kaya tapi tak berlagak. Sama juga seperti seorang pak cik ini yang mempunyai dekorasi dalaman rumah yang begitu mewah dan mengagumkan tetapi tidak diketahui oleh semua orang.

Memang korang sendiri pun tak akan expect yang pak cik ni sebenarnya kaya. Hal ini demikian kerana keadaan luar rumahnya yang uzur. Selepas lihat dalam rumah, orang ramai yang nak bagi bantuan pun sampai tak jadi tau sebab pak cik ni lebih kaya dari diorang.

Dahsyat betul tipu helah pak cik ni. Pencuri pun tak nak masuk rumah dia. Video yang telah dikongsikan oleh Salahuddin Mazelan ini telah mendapat perhatian netizen. Jom sama-sama kita ikuti perkongsian ini.

"Baru Nak Bagi Bantuan, Sekali Masuk Dalam.." Netizen Terkedu Lihat Keadaan Dalam Rumah

Keadaan Luar Rumah

Bila tengok keadaan luar rumah yang uzur macam ni pasti terdetik di dalam hati untuk memberi bantuan. Betul tak? Pasti ada antara kita yang berasa sedih lihat keadaaan rumah pak cik ni.

Keadaan luar rumah yang tidak terurus, zink yang digunakan sebagai dinding rumah juga sudah berkarat.

bantuan

Disebabkan keadaan luar rumah sedemikian rupa, orang ramai turut bersimpati dan ingin untuk memberi sumbangan kepada pak cik tersebut. Tetapi apabila video itu memaparkan keadaan dalam rumahnya yang begitu mewah, ia membuatkan orang ramai terkedu.

Alih-alih nak bagi bantuan, mereka pula yang rasa nak minta bantuan. Memang betul kata pepatah inggeris, "Don't Judge A Book By It's Cover".

bantuan

Ini pula dekorasi tandas "legend". Memang betul-betul tak sangka ada tandas mewah bila tengok keadaan luar rumah tadi kan.

Warna emas chrome yang digunakan membuatkan tandas nampak lagi mewah dan eksklusif.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai dekorasi dalaman rumah ini. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada anda semua.

Kredit: @PokLeh (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down