Selalunya apabila bercakap mengenai hiasi lantai ini ramai yang akan anggap ianya hanyalah memasang lantai vinyl atau juga mengecatkan epoxy. Namun, pernah tak anda semua tahu bahawa anda boleh hiasi lantai rumah dengan menggunakan teknik stensil macam dilakukan oleh Nur Fariza Ramly ini?
Nur Fariza Ramly ini kongsikan sebuah diy projek hiasi lantai konkrik diluar halaman beliau menggunakan teknik stensil. Hasilnya sangat menganggumkan dan tidak memerlukan modal yang tinggi. Proses pun senang untuk dilakukan berbanding cara yang lain. Jadi, jom lihat bagaimana proses ini dilakukan dan hasil akhir projek hiasi lantai konkrik ini dilakukan.
Projek hias lantai konkrit. Plan nak pasang tiles kat situ, tapi cuba hias guna cat dengan teknik stensil dulu. Kalau cantik, tak payah pasang tiles. Tapi projek terhenti separuh jalan sebab sebelah petang selalu hujan pulak.
Cara Untuk Membuat Projek Hiasi Lantai Konkrik Guna Teknik Stensil
1. Saya guna stensil yang dibeli di Lazada, material PET, saiz 30cm x 30cm. Ada 6 keping sama corak, dengan harga RM18.40. Barang dari China, ambil masa seminggu utk sampai.
2. Saya guna cat SANCora Italia Guardia, warna Wira Blue. Cat ni yg disuggest oleh penjual di hardware.
3. Guna berus lebih senang nak bajet cat. Untuk teknik stensil ini, perlu kuantiti cat yang sikit pada berus, untuk elakkan cat merebak keluar corak. Dan lebih senang nak touch up corak2 kecil. Lagi pun permukaan konkrit tak rata sangat.
Ada berus khas yang berbentuk bulat, untuk teknik stensil, tapi saya guna berus biasa. Kalau guna roller atau spray paint bimbang cat merebak keluar corak.
4. Pastikan permukaan bersih dari habuk / pasir.
5. Sebaik2nya ada beberapa stensil yang sama supaya boleh susun corak seperti yang dikehendaki dan cat sempat kering pada stensil. Guna tape pelekat supaya corak tak bergerak.
6. Selepas siap satu corak, terus cabut stensil kerana kalau dibiarkan lama hingga kering, cat akan turut tercabut bila nak tanggalkan stensil.
7. Lepas cabut stensil, letak atas alas surat khabar utk keringkan stensil. Dalam masa 5-10 minit dah kering. Kalau terus guna, cat yang basah pada stensil boleh terkena dan kotorkan permukaan lantai.
8. Saya tak aim nak perfect2 sangat cat tu, sebab saya berpendapat teknik ni lebih cantik bila nampak imperfect, seasoned dan rustic. Especially bila dah dipijak2.
Kredit : Nur Fariza Ramly