DIY Rak Pasu Bunga Pada Bahagian Halaman Rumah

4,983 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ibu-ibu yang suka menanam ni komfirm suka kalau ada sebuah rak khas untuk meletakkan pasu-pasu bunga yang kita tanam ni. Dengan adanya rak pasu bunga ni segala proses menanam sudah pastinya dapat menyenangkan para ibu semua.

Jikalau ada yang masih lagi tiada rak pasu tersebut, anda bolehlah melakukan rak pasu bunga tersebut secara DIY sahaja. Dengan perkongsian daripada Mohd Sani Soid ini, beliau telah melakukan diy tersebut atas permintaan daripada isteri tersayang. Jom kita lihat bagaimana untuk membuat rak pasu bunga ini.

Hasil DIY Rak Pasu Bunga Halaman Rumah Yang Dilakukan Atas Permintaan Isteri Tersayang

Tukang citer semalam. Balik kerja, tengok ada besi-besi C/B balance2 projek mggu lepas, panjang 5-6kaki. Ambik tape measure dan kasi ukur. Ambik Angke Grinder kita kasi trim/potong. Ambik Cordless drill pula Prappp-prappp dan siaplah rak pasu bunga ni.

Senyum lebar apabila bini tgk ni. Malam ni dapat upah kaw2. Besok nak kena repair katil plak.

Step By Step Untuk Melakukan DIY Rak Pasu Bunga Ini

Ini dia banyak sangat dah bunga atau pokok menunggu rak pasu bunga ni untuk disusunkan dengan cantik. Selagi tak buat selagi tu dibiarkan begitu jer.

Batten besi sudah pun sampai ni. Tunggu nak cantum jer dengan besi yang lain.

Rak Pasu Bunga

Sekarang besi-besi sudah ada. Ini lah dia sedikit proses nak memasang tapak dan juga ubahsuai tapak agar ianya lebih kukuh untuk meletakkan pasu bunga yang berat ini.

Rak Pasu Bunga

Tapak perlulah rata. Kalau tak rata memang asyik bergoyang jer. Sakit mata lihat kalau asyik goyang ni.

Rak Pasu Bunga

Alhamdulillah, akhirnya siap jugak rak pasu ni. Kan kemas kalau susun semua pasu-pasu ni atas rak daripada berterabur jer atas lantai macam tu. Senyum bini tengok hasil yang dah siap ni. Hehehe.

Rak Pasu Bunga

Kredit : Mohd Sani Soid

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down