Dekorasi ruang tamu merupakan salah satu perkara yang perlu dimasukkan di dalam "list to do". Hal ini demikian kerana ruang tamu merupakan ruang utama yang digunakan untuk berkumpul. Lebih-lebih pada hari raya aidilfitri.
Untuk menghasilkan dekorasi ruang tamu yang memukau, banyak aspek yang perlu dititikberatkan. Antaranya ialah warna dinding, saiz, deisgn dan warna perabot. Ia perlu selaras dengan saiz ruang dan bajet yang anda telah peruntukkan untuk melakukan dekorasi.
Anda boleh jadikan dekorasi ruang tamu raya dari Yuyu Idayu Halil sebagai inspirasi untuk deko ruang tamu yang estetik. Hasil dekorasi yang telah dilakukan memang sangat mantap. Jom sama-sama kita saksikan dekorasi ruang tamu yang telah dilakukan.
Masya Allah. Memang cantik sangat dekorasi ruang tamu ni. Sampai tak tahu macam mana nak describe. Mostly barang-barang dekorasi ni beli dekat ikea je tau.
Kalau korang berkenan dengan dekorasi macam ni. Boleh pergi beli dekat ikea cepat-cepat. Jangan lambat! Nanti terlepas. Tak pasal-pasal ada yang nangis tepi bucu katil.
Suka betul dengan dekorasi bahagian ni. Nampak lebih estetik dan menarik.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai dekorasi ruang tamu raya yang sangat cantik dan sedap dipandang. Semoga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi kepada anda semua untuk deko ruang tamu masing-masing menjelang hari raya yang bakal tiba tak lama lagi. Selamat mendeko!
Sumber : @mommymed_ (Tik Tok)