Dekorasi Ruang Tamu Mewah Berkonsepkan Minimalis

7,283 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bila bercakap mengenai dekorasi rumah, pasti ramai yang tertarik untuk mengetahuinya. Lebih-lebih lagi dekorasi ruang tamu, ruang makan dan dapur.

Perhatian tetamu pasti akan tertumpu pada ruang tamu apabila pintu rumah dibuka. Oleh itu, dekorasi ruang ini sangat dititikberatkan. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk menghasilkan dekorasi yang cantik.

Tiada istilah dekorasi salah atau betul kerana ianya bergantung kepada citarasa dan minat masing-masing. Untuk dapatkan idea yang lagi wow, korang boleh dapatkan inspirasi dari Yuyu Said.

Jom ikuti perkongsian beliau dalam mendekorasi ruang tamu dan ruang makan yang berkonsepkan minimalis.

Dekorasi Ruang Tamu Mewah Yang Menarik Dan Eksklusif

Dekorasi Ruang Tamu Bertemakan Warna Biru Yang Menenangkan

Wah! Kombinasi warna biru putih ini memang sangat menakjubkan. Ia akan memberi kesan positif kepada pemilik rumah dan tetamu yang hadir. Manakala warna putih pula akan menjadikan ruang tampak lebih simple dan moden.

dekorasi ruang tamu
dekorasi ruang tamu
dekorasi ruang tamu

Pada bahagian dinding sebelah tangga, wainscoting dilakukan untuk menaikkan effect mewah pada ruang tamu dan tangga.

Dekorasi Ruang Makan Mewah

Pada ruang ini, meja makan yang digunakan adalah berwarna coklat dan dihiasi dengan lampu gantung pada bahagian atas.

dekorasi ruang tamu
dekorasi ruang tamu

Sekian sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai dekorasi ruang makan dan ruang tamu berkonsepkan minimaslis. Semoga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi kepada anda untuk deko rumah nanti!

Sumber : @yuyusaid0 (Tik Tok)

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down