Proses Renovate Bahagian Ruang Tamu Yang Buruk

2,318 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bahagian ruang tamu merupakan antara bahagian yang penting untuk dijaga dan dilakukan dekorasi yang cantik. Ruang tamu juga antara bahagian untuk kita dan juga tetamu yang bertandang untuk duduk berbual dan juga berehat. Jadi, jika ruang tamu anda kelihatan tidak cantik, elok dilakukan renovate dan juga tingkatkan lagi dekorasi bahagian tersebut.

Seperti yang dilakukan oleh Aida Mohd Salleh ini, beliau telah berkongsikan bagaimana bahagian ruang tamu beliau yang buruk ini terus menjadi baharu dengan melakukan renovasi.

Beliau juga telah sediakan beberapa keping gambar sebelum dan selepas renovasi bahagian tersebut dilaksanakan. Jom kita tengok hasil renovasi ini dilakukan.

Proses Renovate Ruang Tamu Yang Buruk Kembali Menjadi Baharu

Tengah memikir susun atur sofa dan meja makan apa yang sesuai dgn thema. Korang slalu beli meja makan cantik2 murah dkt mana?? Langsir pn tak tahu la nak warna apa.

Gambar sebelum dan selepas. pemilihan cat 7hari 6malam buat research, sampai kedai cat 1jam duduk pilih warna. ni tgh pikir langsir dan susunan perabut pulak tak tahu ambil berapa lama.

Keadaan Bumbung Bahagian Ruang Tamu Yang Teruk

Inilah dia keadaan bumbung pada ruang tamu ini. Jadi, saya mengambil inisiatif untuk menukarkan bumbung tersbeut dan juga keseluruhan ruang tamu memanjang ini.

Renovate Ruang Tamu

Proses membuat bumbung yang baharu sedang dijalankan.

Renovate Ruang Tamu

Hasil Akhir Renovasi Yang Dilakukan

Inilah dia hasil renovate bahagian ruang tamu ini. Konsep rumah ini adalah ruang memanjang jadi sedang memikirkan cara untuk lakukan dekorasi bahagian ini dengan betul.

Renovate Ruang Tamu
Renovate Ruang Tamu

Sumber : Aida Mohd Salleh

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down