Sekarang Malaysia tengah dalam musim panas. Biasa musim inilah aircond sangat diperlukan. Tapi bila tengah memerlukan ni aircond pulak tidak sejuk. Itu maksudnya sudah sampai waktu untuk servis.
Disini kami kongsikan bagaimana Puan Nur Rin mengajar cara untuk servis aircond di rumah.
Fuhh puas hati selepas ni tak payah upah orang mahal-mahal untuk servis aircond rumah. Boleh pakai cleaner beli kat shopee je. Dah la murah tak sampai RM25 sebotol.
Boleh guna 3-4 kali. Selain dari itu, tak ada bau busuk chemical itu yang best.
Saya memang sudah banyak kali servis sendiri. Jimat. kalau aircond dekat rumah dah tak sejuk tu elok try servis pakai ni
Step 1
Buka penutup aircond dan keluarkan filter. Pastikan suis aircond sudah dimatikan terlebih dahulu.
Step 2
Spray cleaner dalam cooling fins/coils aircond. Selepas itu biarkan dalam 10 minit. Nanti kotoran semua akan keluar melalui paip belakang aircond.
Step 3
Selepas 10 minit, tutup balik filter dan cover aircond dan siap. Sangat mudah. Tak perlu bayar upah servis mahal-mahal. Semua boleh buat sendiri.
Sampai sini sahaja perkongsian kali ini. Semoga perkongsian Puan Nur Rin ini membantu anda untuk servis aircond di rumah, seterusnya menjimatkan bil elektrik bulanan anda.