Cara Servis Aircond Secara DIY Dengan Cara Yang Betul & Teliti

568 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Nak baiki aircond secara DIY kat rumah tapi tiada tutorial yang lengkap untuk diikuti? Boleh ikuti cara Fuad R Be ini yang berkongsikan bagaimana untuk lakukan cara servis aircond dirumah.

Cara ini boleh dilakukan seorang diri dirumah jikalau tiada technician yang datang kerumah ataupun sememangnya tidak ingin mengupah orang lain melakukan servis aircond dirumah.

Jom kita tengok cara-cara atau tutorial yang betul cara servis aircond ini yang dilakukan oleh Fuad R Be ini.

DIY Cara Servis Aircond Yang Betul & Teliti Untuk Dilakukan Pada Rumah

Tukang servis aircond sendiri

Tgh2 lockdown ni sambil2 standby urusan opis kita buatlah apa2 bagi keluar peluh. Hari ni dapat la servis 2 butir aircond, semalam dapat 2 butir. Jimat mana yang boleh, duit penjimatan ni la kita guna buat bayar bil letrik aircond ni hehe.

Dah lebih 4 tahun aku tak panggil orang servis aircond, semua ni memang aku buat sendiri je. Ni aku share kaedah aku cuci aircond, mana la tau ada geng2 yang rajin nak buat sendiri jugak

Bahan-Bahan Diperlukan Untuk Servis Aircond Ini

1. Screwdriver Philips

2. Screwdriver Rata

3. Spanar Saiz 10

4. Kerajinan

5. No tepon technician klau tak jadi setengah jalan 😂

Tutorial Cara Servis Aircond Secara DIY Yang Betul

Bukak casing sampai togel, casing tu senang je nak bukak. Untuk aircond 2hp ni, 1st time keluarkan blower wheel, selalu cuci luar je. Indoor unit 2hp ni besar, payah skit nak keluarkan blower wheel tu.

Kalau tak yakin nak keluarkan blower wheel tu, cuci macam tu pun dah boleh, sembur pakai condenser cleaner pastu rinse dengan air. Jangan sembur pakai paip pulak, basah satu rumah nanti.

Filter, casing parts dan blower wheel yang dah berjaya dikeluarkan. Cuci pakai berus + sabun cuci baju je.

Cara Servis Aircond

Dah apa rupa dah blower ni pun tak tau. Berus la sepuas hati. Kalau pakai waterjet lagi senang.

Outdoor unit ni kasi keluarkan kipasnya. Outdoor acson ni senang je nak kuarkan kipasnya. Ada jenis outdoor yang kena kuarkan casing sepenuhnya baru boleh kuarkan kipas. Klu nak senang maintain, carilah aircond yang senang nak bukak kipasnya macam ni

Bila kuarkan kipas senang dah nak access kotoran dalam tu. Untuk outdoor unit ni aku sembur pakai chemical cleaner, biar sekejap pastu sembur pakai waterjet. Kalau tak ade water jet pakai garden hose pun boleh, tapi air kena kuat la.

Cara Servis Aircond

Nak pasang balik reverse je procedure masa bukak tadi, kalau tak ada patah apa2 klip insyallah elok la pasangnya balik.

Cara Servis Aircond

Aircond yang ni aku jarang sikit servis sebab kat bawahnya ada tv + kabinet. Nak kerjakan aircond ni kena la dulu alih tv & kabinet bawah tu semua.

Outdoor dah siap pasang balik. Outdoor unit aku ni agak tinggi dalam 12 kaki, gayat jugak la memanjat tangga huhu.

Cara Servis Aircond

Ni chemical condenser beli kat kedai parts aircond, yang merah ni dalam rm18. Hati2 bila guna chemical ni, kena ada ppe bersesuaian.

Cara Servis Aircond

Chemical tu sembur pakai garden sprayer. Chemical tu kena campur dengan air dulu, jangan sembur terus. Jahanam outdoor tu nanti.

Kesan chemical tu bila kena kat rumput. Sekejap je terus kuning rumput tu. So sila berhati2.

Ni contoh indoor cleaning bag kalau nak memudahkan kerja. Kat shopee ada. Kalau sedang mencari boleh klik link dibawah ini.

Kredit : Fuad R Be

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down