Kalau memang sudah kreatif, apa sahaja dapat dilakukan dan ditukarkan walaupun apabila sekali lihat ia agak mustahil untuk dihasilkan. Perkara tersebut telah dibuktikan oleh seorang lelaki ini yang bernama Fridie Yusop. Beliau telah melakukan projek DIY kitar semula rak tinggi lama lalu dijadikan counter cabinet dapur yang cukup menarik.
Kreativitinya ini mendapat perhatian warganet Facebook setelah beliau berkongsi cara penghasilan kabinet dapur yang hanya menggunakan barangan terpakai dan kitar semula sahaja. Ramai yang terinspirasi dan memuji counter cabinet yang dihasilkan olehnya itu.
Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh ikuti perkongsian dibawah ini.
Project kitar semula sahaja.
Rumah kecil hati besar, jadi, kita manfaatkan rak asal tinggi ini, kita rendahkan ngam-ngam supaya dapat jadi counter cabinet.
Guna apa yang ada dekat rumah cuma lampu RGB dengan sensor sahaja saya beli dekat online.
Modal tak banyak, yang penting usaha, sedikit ketelitian, InshaAllah berhasil.
Meja yang digunakan adalah Ikea Linnmon. Namun, ia juga dilapik vinyl floor supaya lebih tahan air.
Selepas dilakar, maka bermulalah aktiviti pemasangan bahagian dan komponen penting supaya ianya lebih kukuh dan tidak mudah bergoyang.
LED dipasang supaya ianya lebih kelihatan menawan pada waktu malam.
Inilah LED yang digunakan.
Keadaan setelah kaki kabinet dan LED sensor selesai dipasang. Besi yang digunakan adalah jenis boltless shelving. Langkah untuk cantikkan kabinet dapur ini boleh lihat dibawah.
Untuk proses penghasilan cover kabinet, beliau pakai hard board dan lekatkan dengan hot glue. Kalau ada modal boleh saja guna plywood.
Konsep cabinet yang digunakan adalah open shelf dan tiada pintu. Ia hanya balut pada bahagian tepi dan belakang sahaja.
Inilah hasil setelah projek DIY kabinet selesai dilakukan. Sangat kreatif dan menarik.
Pandangan sudut ruang dapur setelah adanya counter cabinet baru.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana. Selamat mencuba.