Proses Pemasangan Filter Air Di Luar Rumah Secara DIY

347 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pernahkah anda menghadapi masalah air yang berkarat ketika nak membasuh baju dan berbau sewaktu mengambil air sembahyang? Yang mana ada masalah air selalu berkarat, kotor dan berbau ini mungkin kena pasang dah filter air ini. Jika memasang filter air ni masalah air berkarat dan berbau ini dapat diatasi secepat yang mungkin.

Nak pasang filter air ini ramai cakap memerlukan tenaga pekerja namun sebenarnya boleh sahaja buat sorang diri secara DIY dirumah macam dikongsikan oleh Ismahadi Bin Mohd Ismail ini. Beliau mengajarkan cara untuk memasang filter air ini dari awal sampai akhir.

Jom kita tengok proses yang dilakukan oleh beliau ini pemasangan filter air yang mudah ini.

Proses Pemasangan Filter Air Pada Bahagian Luar Rumah Dilakukan Secara DIY

DIY FILTER AIR LUAR

Total Kos RM320. Harga Filter RM230 + Kos Kurier RM40 = RM270 (Shoppee) saiz besar 1044. Harga barang paip = +- RM50

Detail ada pada setiap gambar. In Shaa Allah. Moga bermanfaat buat semua.

Cara Untuk Pemasangan Filter Air Pada Bahagian Luar Rumah

Gambar sebelum. Kawasan sasaran nak pasang filter ni.

Nasib baik masa buat rumah. Kita dok kepoh2. Dapatlah tahu mana laluan paip bawah tanah. Kena cangkul hati2 ye guys. Kang bocor pulak.

Pemasangan Filter Air

Sebaiknya cangkul lebih sikit tak pe. Biar ada ruang kat bawah. Senang nak adjust dan senang nak pulas penyambung paip hitam ni (tak tahu nama khas dia apa)

Ha. Ni alatan yang saya gunakan. Potong siap2 paip tu. Buat acu-acu dulu. Agar ukurannya betul2 ngam.

Proses membalut si putih ni (apa nama dia ntah) dan yang mana boleh gam kita gam dulu.

Kita main acu2 dulu. Adjust mana yang patut.

Pemasangan Filter Air

Proses ukur paip hitam ni. Lebih tak ape. Boleh potong dan jangan kurang ukur pulak. Naya Wei.

Pemasangan penyambung. Masa ni sangat penting. Kena pastikan paip air masuk filter & paip air masuk rumah.

Buat laluan paip agar nampak kemas kat hujung longkang. Senang nanti nak mesin rumput.

Pemasangan Filter Air

Selesai sudah. Lubang pun dah tutup tapi belum boleh guna. Kena back wash dulu dalam 15 minit. Then Rinse dalam 10 minit. Lepas tu, siap sedia untuk berkhidmat. Selamat ber DIY bagi yang berminat.

Inilah hasilnya. DIY je sebab jimat kos.

Pemasangan Filter Air

Kredit : Ismahadi Bin Mohd Ismail

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down