Sudah menjadi tanggungjawab seorang anak untuk berbakti kepada ibu bapa apabila usia mereka semakin senja. Selain dari menjaga makan dan minum mereka, keadaan rumah juga haruslah dijaga supaya orang tua kita dapat tinggal di dalam keadaan yang selesa.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh Suhaira Ramli dan adik-beradiknya dengan menghasilkan makeover dapur rumah mak dengan cara minimal.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh teruskan bacaan di bahagian bawah ini.
Mak dah tua dan ada dementia. Abah pun sama dan bedridden juga. Mereka sudah sangat uzur dan tidak mampu mengurus rumah dengan baik.
Alhamdulillah kami adik beradik bermuafakat dan bergotong royong untuk beri rumah yang selesa untuk mak abah.
Doakan ibu-bapa kami ya.
Barangan yang digunakan :
Bahagian dapur memasak dan ruang sinki. Sepatutnya beliau nak beli induction tetapi belum ada bajet. Beli yang murah sahaja.
Keadaan sebelum diubahsuai dan disusun atur semula. Kini, beliau letak peti ais di sisi kanan.
Sebelum diubahsuai, belakang pintu kini kosong.
Ruang makan sebelum diubahsuai.
Bahagian rak periuk dan kuali.
Bahagian ruang membasuh baju selepas diubahsuai.
Rak tempat membancuh kopi.
Bahagian ruang makan selepas diubahsuai.
Menarik ubahsuai yang dilakukan oleh mereka. Dari keadaan dapur rumah yang suram sebelum ini ditukarkan menjadi dapur yang cukup cantik dan menarik.
Setakat itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca diluar sana.