Pernah tak tengok orang pasang beading pada dinding rumah? Nampak mudah je kan? Tapi kalau salah cara, lain nanti jadinya. Konsep hiasan dinding dengan menggunakan beading ini memang dapat membuatkan dinding kelihatan lebih ceria dengan corak-corak yang cukup menarik.
Kalau rasa tak mampu untuk upah orang, cuba buat sendiri secara DIY dengan menggunakan cara yang disediakan di bawah ini. Sebenarnya tidaklah begitu sukar.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti.
Mula-mula ukur kawasan dinding yang ingin dipasang beading itu.
Kemudian, sapu plaster pada beading tersebut.
Kemudian, tampalkan pada dinding.
Gunakan berus cat supaya ianya lebih rata.
Keadaan selepas ia dilekatkan.
Maka, terhasillah corak dinding seperti ini. Sangat kreatif dan menarik.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dengan cara ini dapat menjadikan kediaman kita lebih menarik dan ceria.
Kredit: @bosshon_jg_oe