Kerja Makeover Tandas Sendu Menjadi Cantik Cara Simple

3,875 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tandas di rumah dah kelihatan sangat sendu dan diperlukan sedikit touchup atau makeover? Setiap tandas perlukan makeover setiap setahun sekali agar tandas kelihatan cantik mengikut peredaran semasa.

Macam yang dilakukan oleh Raja Nurhazwani ini, beliau sudah bosan dengan tandas yang sedia ada ingin mengubah rupa tandas lama menjadi baharu. Jadi, makeover tandas sendu dilakukan oleh beliau untuk menaikkan lagi keserian tandas tersebut.

Walaupun kerja makeover tandas sendu ini tidak melibatkan kerja-kerja memecah dinding namun Raja Nurhazwani terapkan cara yang simple untuk naikkan lagi keserian tandas sendu di rumah sewa mereka ini. Jom kita melihat hasil akhir makeover tandas sendu yang dikongsikan ini.

Kerja-Kerja Makeover Tandas Sendu Kembali Menjadi Cantik Cara Simple

Ok harini haz nak share makeover yang haz dah siapkan untuk Bilik air ni. Memandangkan bilik air ni tak ada apa masalah jadi haz buat kputusan nak hias la sikit bahagian ni. Tujuan utama adalah haz nak kawasan ni nampak ceria bukan apa bila kita bangun pagi mesti terus ke bilik air jadi sedikit sebanyak dapat la menaikkan mood ceria.

Walaupun sebelum ni ada viral kes bahaya pasang wallpaper tapi pada haz benda ni bergantung pada individu tu sendiri. Kalau tak pasang wallpaper pun tapi tandas tak jaga tetap ada kuman kan? Jadi secara logik akal kalau toilet dah cantik takkan kita nak biar jadi kotor. Jadi terpulang pada individu tu sendiri. Kalau dah rasa lama sangat pakai boleh je bukak terus.

Tandas Lama Yang Sendu Di Makeover Menjadi Cantik

Ni adalah gambaran keseluruhan toilet rumah haz. Pemulaan sebelum deko haz dah fikir kan tema yang sesuai untuk bilik air ni.

Makeover Tandas Sendu

Pada bahgian ini cuma terdapat 1 penyangkut pakaian sebelum ni ada banyak tapi semua dah hilang.

2 jenis penyangkut yang haz gunakan adalah dari jenis kayu di bahagian ini haz sengaja letak 2 jenis penyangkut supaya senang nak sangkut baju2 nanti.

Makeover Tandas Sendu

Untuk bahagian sudut ni pula tak ada perubahan yang besar pun sebab ruangan ni tak perlu dipenuhkan dengan perhiasan.

Makeover Tandas Sendu

Haz cuma berikan sedikit perubahan dengan hanya menggunakan wallpaper hitam supaya ruang ni tak nampak terlalu suram.

Ni antara tempat tumpuan yg selalu digunakan.

Hasil selepas pemasangan wallpaper. Boleh nampak perbezaan sebelum & selepas. Tak perlu kan aksesori yang banyak. Cukup sekadar wallpaper je terus berubah mood sesuatu kawasan tapi pokok tu haz letak jugak sebab tak nak terlalu kosong bahagian sudut tu.

Makeover Tandas Sendu

Untuk bahagian toilet bowl ni haz nampak terlalu kosong jadi haz kena buat sesuatu.

Now ni la hasil selepas pemasangan wallpaper ianya bukan lah sesuatu yang mudah ye.

Makeover Tandas Sendu

Selain dari masalah penyangkut tadi ada lagi 1 masalah berkaitan storage mandian ni. Kalau tengok memang penuh.

Makeover Tandas Sendu

Setelah di susun atur semula ni jelah barang2 mandian yang haz perlukan. Yang lain tu semua botol kosong dan mana yang tak pakai tu haz simpan je. Baru lah lapang sikit. Kelebihan pakai grid adalah dapat mengurangkan penggunaan paku.

Kredit : Raja Nurhazwani

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down