Ubahsuai Tandas Raya Bajet RM2K Dalam Masa 4 Hari

9,978 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau ada ahli keluarga kita yang sakit ataupun tidak larat nak bangun semestinya ia agak sedikit rumit untuk menggunakan tandas cangkung. Jadi, solusi terbaik adalah dengan menggunakan sebuah tandas duduk agar ia lebih selesa digunakan.

Seperti yang dikongsikan oleh Tina Rozubi ini, ubahsuai tandas sempena raya ini telah dilakukan. Dari tandas cangkung ditukarkan kepada tandas duduk. Menurutnya lagi, tandas tersebut telah dilakukan ubahsuai dalam masa hanya 4 hari sahaja. Modal untuk ubahsuai ini juga tidak sampai RM2K. Sememangnya sangat murah dan berbaloi.

Ubahsuai Tandas Raya Dengan Kos Bermodalkan RM2K. Siap Dalam Masa 4 Hari Sahaja!

Ubahsuai tandas raya bajet dengan kos tak sampai rm2k siap 4 hari demi menyantuni mil yang nak beraya umah kami tahun ni  💚

(mak mertua ada mslh kesihatan,doakan dia cpt sihat)

Proses Ubahsuai Tandas Raya Yang Dilakukan

Toilet kat bawah jenis cangkung. So MIL susah nak guna sebab tak sihat.  Tengok atas toilet duduk tapi MIL tak larat nak naik tangga pula. So kena tukar.

Ubahsuai Tandas Raya

Upah orang untuk lakukan ubahsuai ini. Seharian jugalah pecahkan tiles dan apa jua dalam tandas ini.

Sebelum cat dilakukan.

Bahagian cat pula cik suami tolong buatkan sebab nak jimatkan kos.

Ubahsuai Tandas Raya

Shower pula ni saya beli di shoope dengan harga RM36 saiz 12 inci.

Ubahsuai Tandas Raya

Tandas ni pula dibeli dengan harga RM350. Harga clearance stock kat kedai masa tu. Jimat dah tak perlu beli mahal-mahal.

Tiles tandas ini adalah Subway tiles dengan saiz 30cm× 60cm. Sekeping ni berharga rm5.50.

Ubahsuai Tandas Raya

Sinki kabinet besi ada defect skit, jadi dapat harga rm280 shaja, cermin aluminium RM70.

Ubahsuai Tandas Raya

Upah tukang RM700+ pembersihan termasuk dengan membeli barang sendiri RM1219.

Ubahsuai Tandas Raya

Sangat berbaloi dan cantik ubahsuai tandas cangkung kepada tandas duduk dengan gaya minimalis hitam putih. Nampak bersih dan tenang, kan? Tentu MIL beliau sangat suka dan selesa dengan ubahsuai tandas tersebut.

Setakat ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco. Semoga bermanfaat!

Sumber : Tina Rozubi

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down