Bilik air dengan lantai yang biasa ni kadang dah terasa boring. Ia memerlukan kelainan yang mampu menarik mata tetamu untuk melihat bilik air rumah diri sendiri. Apa kata diy jer lantai epoxy coating pada bilik air dengan bermodalkan bajet RM400 macam yang dilakukan oleh Faizal Shaupi ini pada bilik air rumahnya.
DIY yang dilakukan oleh beliau adalah diy lantai epoxy yang dicampurkan dengan campuran mica flake ini. Bagaimana hasil akhir diy ini? Adakah campuran mica flake dan juga epoxy menjadi untuk bahagian lantai bilik air ini? Lihat akhir video yang akan ditunjukkan pada akhir artikel ini.
DIY Epoxy coating di bilik air menggunakan campuran mica flake putih dan hitam.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Peralatan Yang Diperlukan
Step by Step Cara Melakukan DIY Lantai Epoxy
Basuh dahulu lantai didalam bilik air untuk hilangkan segala kotoran pada permukaan lantai.
Dah settle basuh keringkan lantai tersebut. Jangan bagi basah kerana ia menyusahkan proses nak lakukan epoxy.
Tutupkan mana-mana bahagian yang terbuka.
Sapukan thinner pada lantai tersebut. Yang conteng hitam tu tanda lantai mana dah yang disapukan thinner.
Yang seterusnya letakkan campuran epoxy dan juga flake. Untuk epoxy saya guna sebanyak 700 gram dan manakala untuk flake pula 1KG.
Hasil Akhir DIY Epoxy Lantai Didalam Bilik Air
Tadaaaa! Inilah dia hasil akhir diy lantai epoxy yang dilakukan oleh Faizal Shaupi ini. Selama 3 tahun guna ni epoxy masih lagi okay dan mica flake masih lagi bertahan. Tak macam yang dikatakan oleh orang lain mengatakan ianya akan tercabut.
Semoga ini dapat memberikan inspirasi untuk anda semua.
Kredit : Faizal Shaupi