Ada lagi ker yang masih melakukan dekorasi dinding wainscoting ini? Kebanyakkan ini ramai dah yang melakukan accent wall ataupun wall panel atas disebabkan kos yang lebih murah dan senang dilakukan. Sebenarnya sama sahaja kos antara wainscoting dan juga wall panel ini.
Wainscoting ini bergantung kepada rumah juga. Kalau anda berada dikawasan rumah yang ala-ala banglo memang sesuai untuk dinding wainscoting. Trend dinding wainscoting ini masih lagi ada dan masih lagi digunakan meluas untuk rumah di Malaysia ini.
Sis ini yang bernama Mazni Majid berkongsikan sesi membuat wainscoting dirumahnya yang dilakukan oleh suami tercinta. Beliau berminat selepas melihat trend wainscoting ini semakin naik dan ramai ahli grup yang kongsikan deko wainscoting dirumah masing-masing.
Teringin sangat dengan wainscoting yang jadi trend skang ni. Sis terinspirasi dengan DIY wainscoting yang ada dalam group ni menggunakan letrik casing. Jangan kecam Tau.
Sis saja share untuk yang tak ada bajet nak buat mahal2. Sis test buat dulu dekat ruang tamu kedua tempat anak2 lepak tengok TV dan main game. Agak2 ok tak? Kalau ok nnti sis nak buat wainscoting guna kayu pulak untuk ruang tamu utama.
Sesi Membuat Wainscoting Daripada Suami Tersayang
Sesi ukur mengukur kayu wainscoting untuk diletakkan pada dinding.
Ada yang tersalah ukur jadi kena buka balik
Alhamdulillah, dah settle bahagian kayu ni. Jom beralih kepada mengecat pula.
Sesi mengecat bermulaaa!!! Ini adalah lapisan pertama.
Lapisan pertama cat yang dah kering. Beralih kepada lapisan kedua pula.
Tadaaa dah siap dah sesi membuat wainscoting ini. Abaikan sofa lama tu sbb memang tempat anak2 lepak.
Asalnya cari kaler ni tapi kedai cat tu kata belum ada lagi kaler code ni.
Kredit : Mazni Majid