Jika butang pada remote tv dekat rumah tidak berfungsi dengan baik, jangan terus buang tau! Sebenarnya ia masih boleh digunakan lagi dengan melakukan beberapa langkah mudah.
Perkara tersebut telah dikongsi oleh lelaki ini yang bernama Mamak Mamat. Beliau telah menunjukkan cara yang cukup mudah untuk servis butang remote TV yang tidak berfungsi dengan baik.
Jadi, untuk mengetahui langkah dan cara yang dilakukan, boleh teruskan bacaan dengan lebih lanjut di bawah ini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sekadar perkongsian ilmu untuk dimanfaatkan bersama. Remote astro atau apa-apa remote, apabila sudah pakai lama, mulalah kena tekan kuat-kuat.
Ada masanya tekan-tekan pun tak berfungsi. Jadi saya kongsi cara-cara untuk kita servis remote supaya kembali berfungsi.
Tools Yang Digunakan:
Langkah 1:
Leraikan komponen remote itu terlebih dahulu.
Langkah 2:
Cuci litar remote itu dengan menggunakan putik kapas dan cecair pengilat kuku.
Langkah 3:
Cuci getah butang tersebut menggunakan putik kapas.
Tengoklah hasil habuk yang berjaya dikeluarkan melekat pada putik kapas tersebut.
Akhir sekali, pasang semula komponen yang dileraikan dan ianya sudah boleh digunakan seperti sediakala.
Itu sahaja perkongsian dari kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana. Selamat mencuba.