Sebagai seorang tukang, sudah pasti banyak barangan dan peralatan pertukangan kecil yang perlu ada. Namun, segala peralatan kecil tersebut tidak boleh dicampur semuanya sekali.
Kalau dicampur sekali, sudah pasti sukar untuk kita mengasingkannya sewaktu ingin digunakan. Bagi memudahkan urusan kita di kemudian hari, apa kata simpan dan asingkan peralatan tersebut mengikut kategori dan jenisnya.
Seperti yang dilakukan oleh seorang tukang yang boleh dikatakan agak di kenali ramai di laman Facebook iaitu Ben Safwan. Beliau telah menunjukkan cara simpan skru, paku dan wallplug khas untuk projek DIY premium.
Jadi, tanpa berlengah lagi, jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Cara saya simpan skru, paku, wallplug untuk projek DIY Premium. Sebab saya suka beli skru sekotak besar terus.
Jadi bila sampai, saya akan agihkan kepada balang kecil atau compartment yang dah ada. Bila sudah nak habis, pergi tambah.
Ini untuk besi, kayu, aluminium, simen dan sebagainya.
Labelling, penyimpanan sangat penting bagi saya bila banyak jenis skru dan segala tools yang ada.
1) Kotak khas untuk skru sahaja.
2) Susun dan asingkan mengikut jenis macam ni, barulah sedap mata memandang.
3) Pasu pelbagai saiz diletakkan satu tempat sahaja.
4) Skru besi biru pelbagai saiz diletakkan dalam balang.
5) Skru untuk kayu dan alumium.
6) Paku tembak kayu.
7) Skru hitam panjang dan wallplug.
8) Skru untuk lubang poket.
Setakat itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.