Setiap kali nak cuci bilah kipas siling, kadangkala memang rasa nak give-up je semasa nak sental kesan berminyak pada hujung bilah itu. Susah giler nak tanggal.
Namun, terdapat satu cara yang cukup mudah dan berkesan dengan hanya menggunakan satu produk dari jenama Ganso sahaja.
Perkara tersebut telah dikongsikan oleh wanita ini yang bernama Farah Afendy. Beliau telah berjaya menghilangkan kesan melekat berminyak pada hujung bilah kipas dan membuatkan ianya kelihatan seperti baru.
Jadi, bagi mengetahui caranya dengan lebih lanjut, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Kalau sesiapa ada masalah dengan bilah kipas yang ada stain berminyak tak nak hilang tu boleh cuba cara macam ni. Kipas berkilat macam kipas baru.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Kalau perasan, pada hujung bilah kipas itu ada stain hitam susah nak hilang kesan melekat berminyak.
Kena tonyoh kuat-kuat barulah boleh hilang tapi tetap ada stain.
Semburkan kitchen cleaner Ganso pada bilah-bilah dan biarkan sekejap supaya stain melarut.
Tonyoh dengan lemah lembut menggunakan berus.
Lap dengan kain lembab. Kemudian tengoklah hasilnya, bersih seperti baru.
Gambar penuh kipas ini. Sangat cantik dan cukup bersih seperti dipasang kipas baru.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat dan dapat menyelesaikan masalah bilas kipas berminyak seperti ini.
Selamat mencuba.