Inginkan sebuah ruangan patio dengan dekorasi yang cantik pada ruang halaman rumah anda? Anda semestinya akan suka pada ruangan patio ini yang dilakukan oleh Watiey Abdullah pada bahagian garaj rumah beliau ini.
Wanita yang bernama Watiey Abdullah ini telah berkongsikan bagaimana beliau melakukan dekorasi ruang patio yang dilakukan pada halaman rumah beliau. Tujuan patio ini dilakukan adalah untuk dijadikan sebagai tempat untuk melepak, berehat dan juga bersantai sambil menghirup kopi kegemaran pada bahagian tersebut.
Jadi, ingin melihat bahagian patio yang dikongsikan oleh Watiey Abdullah? Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.
My small patio deco.
Suka duduk kat luar lagi2 musim hujan ni. Rumah sebelah hutan mmg rasa sejuk tengok & dengar bunyi2. Guna pallete kayu katil yang da tak guna.
Anak2 buah datang asyik ajak berkhemah so kita letak la khemah kecik tu feeling2 jadi la.
Bahagian Garaj Hadapan Rumah Yang Asal
Inilah dia bahagian hadapan rumah saya ini. Dibahagian tepi tu ada ruangan extra untuk melakukan bahagian patio ini. Jadi, kalau letak patio pun ia tidak akan memakan ruang garaj dan parking kereta.
Hasil Dekorasi Bahagian Ruangan Patio Yang Cantik
Inilah dia rupa ruangan patio kami ini. Untuk kayu pallet tu kami guna balik sebab kayu tersebut sebelum ni tak guna juga. Yang selebihnya saya meletakkan rumput karpet, sofa, pagar daun dan juga karpet bulu.
Cik Meow pun suka duduk melepak disini sebab sejuk katanya. Hehehehe.
Setakat ni alhamdulillah 5 bulan sebegini tiada lagi pasal kucing luar datang berak dan kencing pada bahagian ruang patio ni.
Rumah saya duduk ditepi hutan begitu. Jadi, suasana begini pagi-pagi memang dah biasa dan diluar rumah juga berasa sejuk jer.
Sumber : Watiey Abdullah