Dekorasi Bilik Tetamu Yang Bertemakan Warna Rainbow

606 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap rumah wajib untuk ada satu guest room ataupun bilik tetamu yang selesa dan cantik. Tujuan apa bilik tetamu ini ada? Tujuannya adalah untuk asingkan tetamu yang datang kerumah kita. Sebagai contoh jika ibubapa, saudara mara datang kerumah boleh letakkan mereka didalam bilik tetamu.

Bilik tetamu janganlah nampak kotor dan tidak terurus. Kalau boleh lakukan dekorasi bilik tetamu yang cantik dan bersih agar tetamu datang pun selesa jer nak duduk. Dekorasi yang dilakukan oleh @mieraazmira93 ini mampu memberikan inspirasi dan juga contoh untuk dekorasi bilik tetamu yang cantik.

Dekorasi yang dilakukan oleh beliau adalah bertemakan warna pelangi (rainbow) dan dikongsikan didalm platform Tiktok. Jom kita tengok dekorasi yang dikongsikan oleh @mieraazmira93 ini.

Dekorasi Bilik Tetamu Yang Cantik Bertemakan Warna Rainbow

Saja share guest room. Ni dekorasi lama, sekarang bilik ni sedang ubah suai tema lain pula🤭

Dekorasi Bilik Tetamu Bertemakan Warna Pelangi Yang Cantik

Jom kita melihat dalaman pada bahagian bilik tetamu ini.

Dekorasi Bilik Tetamu

Ini adalah katil besar untuk 2 orang. Tetamu yang datang juga boleh berehat atas katil ini.

Tempat untuk makeup ataupun bersolek. Simple sahaja yang penting ada cermin.

Dekorasi Bilik Tetamu

Nak kena dengan tema warna rainbow jadi karpet pun mestilah berwarna rainbow juga.

Dekorasi Bilik Tetamu

Tak lupa juga langsir warna-warni ini. Sekata dengan warna karpet dan keseluruhan deko bilik tetamu ini.

Dekorasi Bilik Tetamu

Kredit : @mieraazmira93

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down