Barang Daiso Yang Wajib Dibeli Ketika Anda Pergi Singgah Sana

1,633 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sesiapa disini merupakan pembeli tegar barang daiso? Pastikan anda membeli barang daiso wajib ada di rumah anda. Selain daripada kedai Mr.DIY, kedai daiso juga antara salah satu yang masyarakat malaysia mencari barang untuk menghias atau dekorasi dengan harga yang berpatutan.

Negara Jepun sudah semestinya menjadi perhatian ramai kerena kecanggihan teknologi. Bukan sahaja dari segi pengangkutan, malah dari segi barangan keperluan rumah pun sangat berinovasi tinggi! Tidak perlu ke Jepun untuk mendapatkan barangan ini kerana anda dah boleh beli di cawangan Daiso berdekatan sahaja!

Seorang perempuan bernama Amirah Anuar didalam platform facebook telah pun berkongsikan akan barang daiso yang wajib ada di rumah anda. Jom kita tengok list-list barangan daiso yang beliau telah kongsikan.

Setiap Kali Anda Pergi Ke Daiso, Pastikan Barang Daiso Ini Wajib Dibeli Untuk Rumah Anda

1. Cat Repellant

Barang Daiso Wajib Ada Di Rumah

Cat repellent. (Penghalau kucing) INI BUKAN RACUN. Kucing berak merata-rata elok la beli ni utk kesejahteraan bau bauan.

2. Pembeku Minyak Masak

Barang Daiso Wajib Ada Di Rumah

Sisa minyak masak dibekukan dan di buang dlm tong sampah. kalau tak ada masa nak kumpul minyak dan hantar ke alam flora, di sarankan beli ni untuk kesejahteraan longkang dan alam sekitar

3. Pengasing Sampah Di Sinki

Barang Daiso Wajib Ada Di Rumah

Nak longkang kita bersih macam di Jepun? Kebersihan bermula dari rumah. Pengasing sampah di sinki untuk kesejahteraan longkang.

4. Stone Ice Cube

Barang Daiso Wajib Ada Di Rumah

Traditional way kita bekukan air dan menjadi ais. Yg ni reusable stone ice cube. Dont worry, tidak memudaratkan.

5. Konjac Puff

Nak cuci muka ala² dekat spa bleh la guna konjac puff ni. Kalau tgk benda alah ni dlm plastik mcm batu keras gila. Tapi dah rendam air jadi lembut. Boleh la facial dekat rumah.

6. Magic Sponge

Tgk magic sponge ni mcm tak ada apa je. Tapi dia ni power sangat. Tak payah pakai sabun. Rendam air tonyoh je. Bukan sahaja utk kasut. Untuk lantai/dinding yg meninggalkan kesan degil sgt berkesan. Watermark² pon berkesan.

7. Sabun Mesin Basuh

Mesin basuh siapa yang tak pernah cuci kotoran degil sblh dalam² tu elok la pakai ni. Ada beberapa jenis dkt daiso. Boleh tgk yg ni dan 1 lagi tu.

8. Agen Pembersih Paip

Nak bersihkan dalam paip tu boleh guna ni. Letak seketul je boleh keluar la lemak-lemak, keladak-keladak dalam paip tu.

Sumber : Amirah Anuar

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down