Ada sesiapa pernah atau masih lagi berada di berek polis lama ni? Macam mana dengan keadaan berek polis tersebut menurut pengalaman anda? Mesti ada yang pernah menetap di berek polis yang berusia hampir belas-belas tahun macam Neenee Ueesob ini.
Sebuah berek polis lama yang berusia hampir 20 tahun ini telah diberikan sebuah nafas baharu. Pemilik akaun facebook bernama Neenee Ueesob ini telah berkongsikan sebuah rumah berek polis lama beliau yang diberikan sentuhan dekorasi yang cantik.
Jom kita tengok dekorasi yang dilakukan oleh Neenee Ueesob terhadap berek polis lama ini.
Alhamdullillah rezeki Allah, kehidupan di berek polis selama 20 tahun dari 2002 sehingga sekarang. Barang2 lama antiq sangat. Syukur seadanya.
Boleh nampak keje Cik anai2 habis bingkai pintu dan almari dikekah. Yang penting syukur selalu. Konsep asal boleh. Ada yang DIY and multi purpose use. Tirai sinki tu dari bath curtain kedai DIY.
Pakai clear double tape haaa lekat. Senang keja mak. Kedai Eco, Romantika berkembang pesat oleh mak2 yang macam nie. Pengerak kemajuan bisnes.
Dekorasi Cantik Berek Polis Lama Yang Berusia Hampir 20 Tahun
Setelah hampir 20 tahun usia berek polis ni, kini masanya telah tiba untuk diberikan nafas baharu agar sejajar dengan dekorasi moden zaman sekarang.
Ini bahagian ruang tamu. Bahagian ni warna hijau sebab minat giler dengan warna hijau.
Warna hijau ditambahkan pula dengan sofa warna biru gelap sememangnya kombinasi yang cantik bagi saya.
Kat sini pula adalah ruang rehat dengan ada 2 laluan nak ker dapur dan juga ruang tamu.
Ini adalah bahagian dapur saya yang simple jer.
Disebabkan nakkan nampak kehijauan, saya letakkan rumput karpet pada bahagian ini.
Marble tu hanyalah stiker sahaja dan bukan marble sebenar.
Bahagian ruang makan pun tak lupa juga. Kena ada untuk makan bersama-sama dengan family.
Kredit : Neenee Ueesob