Jadikan Bilik Tidur Anda Nampak Besar Dan Luas Dengan 5 Tips Bilik Tidur Ini!

4,496 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap daripada anda semua pasti akan ada bilik kan. Bilik tidur lah merupakan tempat untuk anda berehat, bermain permainan video atau juga menonton drama siri di televisyen. Ia merupakan ruang peribadi anda untuk lari daripada masalah.

Namun kadang-kadang ada diantara anda berhadapan dengan masalah ruang yang tidak cukup, sempit dan juga tidak tersusun. Ini akan merimaskan anda dan anda perlu fikirkan cara untuk membuatkan bilik anda nampak besar luas.

Giler deco hari ini ingin berkongsikan dengan anda semua beberapa tips bilik tidur yang akan membuatkan bilik tidur anda agar nampak besar dan luas dengan mudah dan cepat. Bukan anda sahaja yang suka, tetamu juga mungkin terpegun melihatnya.

Jadikan Bilik Tidur Anda Nampak Besar & Luas Dengan 5 Tips Bilik Tidur Ini !!!

1. Alihkan Katil Ker Sudut Dinding

Bagi menjimatkan lagi ruang anda pada bilik tidur tolak katil anda ke sudut dinding, dengan cara ini anda akan mendapat ruang yang lebih luas ditengah-tengah bilik anda.

2. Rak Dinding

Jika anda jenis gemar mengubah dekorasi pada bilik dari masa ke semasa, anda boleh memilih rak dinding untuk anda menyusun gambar,pokok kecil, buku-buku, lilin dan bingkai gambar bagi memberi identiti tersendiri pada ruangan bilik!

3. Beri Laluan Cahaya Tingkap Masuk

Dengan membuka tingkap dan memberikan cahaya matahari masuk juga agar bilik tampil lebih natural dan berseri.  Cahaya ini bukan sahaja memberikan pandangan yang lebih luas tetapi juga membawa udara segar luar untuk masuk ke dalam ruangan bilik anda.

Bilik Tidur

4. Ilusi Cermin

Ilusi cermin yang besar didalam ruangan bilik anda pasti memberikan pandangan bilik anda nampak luas. Pantulan cermin dalam bilik tidur ini memantulkan balik cahaya pada bilik anda dan mebuat satu ilusi yang lebih cerah dan luas.

Bilik Tidur

5. White On White

Warna cat memainkan peranan yang tinggi lagi-lagi buat anda yang memiliki bilik yang kecil. Pengunaan warna cat yang gelap akan memberikan ilusi yang lebih sempit.

Bagi mengelakkan hal tersebut, cat dinding bilik anda dengan warna putih dan gunakan perabot dan juga sarung tilam warna cerah agar ruang bilik anda tampil lebih terang dan luas.

Bilik Tidur

Itu sahaja tips yang kami kongsikan. Semoga bermanfaat semua!

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down