Cara Asingkan Tempat Tidur Anak Yang Boleh Dipraktikkan

1,934 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Isu anak tidak mahu berenggang dengan ibu bapa sewaktu mahu tidur adalah perkara normal. Salah satu sebab mengapa hal ini terjadi kerana anak-anak tidak terbiasa di asingkan tidur seorang diri.

Perkara ini bukanlah dapat diselesaikan dalam masa sehari dua sahaja. Hal ini kerana, ia memerlukan sedikit masa untuk anak kita biasakan diri.

Namun, kalau kena pada caranya, dalam masa yang cukup singkat pun anak sudah boleh tidur di dalam bilik sendiri.

Jadi, Kali ini Giler Deco mahu berkongsi mengenai tips asingkan tempat tidur anak yang berkesan.

Cara Asingkan Tempat Tidur Anak Yang Berkesan

Untuk mengasingkan anak supaya tidur di bilik sendiri. Anda perlu memikirkan satu cara untuk dekorasikan bilik tersebut supaya anak tertarik untuk tidur di situ.

Untuk melakukan perkara ini tidaklah begitu rumit. Anda cuma perlu tahu apa yang anak anda suka.

Ibu bapa pasti tahu tentang filem superhero seperti Avangers kan? Gunakan kesempatan ini untuk hiaskan bilik anak dengan dekorasi-dekorasi superhero yang mereka paling minat.

Sudah terbukti peminat filem superhero yang penuh aksi dan efek mendebarkan menjadi kegilaan tidak kira kanak-kanak, dewasa dan orang tua yang pasti tidak lekang mata sewaktu menonton pada layar Perak.

Tips 1: Tema Spiderman

Ikuti perkembangan semasa apa yang anak anda suka tonton. Kalau anak anda meminati Superhero Spiderman. Anda boleh cuba hias bilik tersebut bertemakan spiderman.

Cara Asingkan Tempat Tidur Anak Yang Berkesan

Tips 2: Tema Superman

Siapa tidak kenal dengan Superman. Salah satu kartun animasi yang popular di Malaysia suatu ketika dahulu. Anda juga boleh menghias bilik dengan tema seperti ini.

Cara Asingkan Tempat Tidur Anak Yang Berkesan

Tips 3: Tema Wonderwoman

Untuk anak perempuan pula. Tema yang paling sesuai adalah Wonder Woman. Hal ini kerana, watak utamanya adalah seorang wanita.

Cara Asingkan Tempat Tidur Anak Yang Berkesan

Tips 4: Tema Star Wars

Untuk anak yang sukakan cerita peperangan angkasa. Anda boleh hiaskan bilik anak anda dengan tema Stars Wars.

Cara Asingkan Tempat Tidur Anak Yang Berkesan

Tips 5: Tema Batman

Batman merupakan animasi yang sangat popular sejak dari zaman 90an lagi. Sampai sekarang pun masih popular. Memang semua kanak-kanak meminatinya.

Cara Asingkan Tempat Tidur Anak Yang Berkesan

Tips 6: Tema Hulk

Walaupun Hulk nampak ganas, namun kanak-kanak sukakannya kerana Hulk merupakan Superhero terkuat.

Cara Asingkan Tempat Tidur Anak Yang Berkesan

Tips 7: Tema Iron Man

Kanak-kanak mana yang tidak suka dengan Superhero Ironman. Dengan bentuk robot yang menarik dan memiliki teknologi moden, memang menjadi idaman kanak-kanak.

Cara Asingkan Tempat Tidur Anak Yang Berkesan

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari idea untuk menghias bilik anak anda nanti.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down