Cara Yang Betul Untuk Menjaga Pokok Monstera

2,629 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pernah tak anda mendengar pokok yang bernama Monstera? Pokok ini sangat viral di luar negara dan di Malaysia juga ramai yang gemar dengan pokok ini. 

Pokok ini mempunyai pelbagai jenis yang harus diketahui sebelum membelinya kerana nilai pokok ini sangat mahal. Namun, jika anda tahu cara menjaga pokok Monstera ini sudah pasti ia menjadi pelaburan yang berbaloi.

Pokok ini terkenal disebabkan daun yang cantik dan besar. Disebabkan pokok ini jenis tumbuhan tropika, penjagaan pokok ini sentiasa mengambil berat dan peka.

Kenali Jenis-jenis Pokok Monstera Sebelum Anda Membelinya

Pokok jenis Monstera mempunyai pelbagai jenis. Antaranya ialah:

  • Monstera Deliciosa
  • Monstera Dubia
  • Monstera Standleyana
  • Monstera Subpinnata
  • Monstera Sp. Peru
  • Monstera Obliqua
  • Monstera Adansonii var. Adansonii (Juvenile) dan (Mature)
  • Monstera Epipremnoides (Mature)
  • Monstera Adansonii var. Laniata
  • Monstera Siltepecana (Juvenile)
  • Montera Pinnatipartita (Mature)
Pokok Monstera

Banyak kan jenis-jenis pokok yang bernama Monstera ni.

Cara Penjagaan Pokok Monstera Dengan Baik Supaya Tahan Lama

Jika anda baru berjinak-jinak untuk menjaga pokok Monstera, berikut adalah petua-petua yang harus anda ambil tahu. 

Berapa banyak cahaya yang diperlukan?

Seperti pokok tropika yang lain, pokok Monstera memerlukan cahaya yang terang dan ia akan kekal subur jika anda memberikan cahaya semulajadi yang mencukupi. Pokok ini memang gemar dengan pencahayaan. 

Pastikan pokok ini tidak menerima cahaya matahari yang terlalu terik kerana jika terlalu panas, daun pokok ini akan meninggalkan kesan terbakar. Pokok ini akan lambat tumbuh jika kurang terdedah dengan pencahayaan dan jika anda menyimpan pokok ini di dalam bilik yang gelap, daunnya boleh bertukar kepada warna kekuningan.

Bilakah waktu untuk menyiram?

Pokok ini suka jika tanahnya sentiasa lembab. Anda harus menyiramnya jika permukaan atas tanah itu kering. Pemeriksaan boleh dilakukan menggunakan alat pengukur kelembapan atau hanya menggunakan jari sahaja.

Jangan biarkan tanahnya terlalu kering kerana situasi ini akan mengakibatkan daunnya terkulai layu. Jika terjadi, maka cepat-cepatlah menyiramnya. 

Selain itu, tanda lain yang menunjukkan tanah itu kering adalah daun mula bertukar menjadi coklat muda dan mudah reput. Daun akan bertukar menjadi kuning jika anda terlebih menyiramnya.

Kelembapan

Monstera menyukai kelembapan. Mereka akan hidup subur di tempat yang sangat lembap kerana ia menyerupai persekitaran asalnya. Oleh kerana itu, memastikan tanahnya sentiasa lembap adalah satu perkara yang baik. Untuk menjimatkan masa, seeloknya anda mempunyai alat mengukur kelembapan di dalam rumah.

Pokok Monstera

Suhu

Selain daripada kelembapan dan cahaya matahari yang mencukupi, pokok ini menyukai suhu yang hangat. Suhu yang normal di dalam rumah anda adalah yang terbaik untuk tumbuhan jenis-jenis lain termasuk Monstera. 

Awas, jangan letakkan Monstera di persekitaran suhu yang sejuk. Pokok Monstera akan mengalami kejutan dan boleh menyebabkan pokok mati.

Repotting

Pokok Monstera ini tumbuh dengan cepat. Ini bermakna anda harus bersedia untuk menyediakan saiz pasu yang besar dan sesuai dengan pertumbuhan akarnya untuk memberi banyak ruang kepada pokok untuk terus tumbuh. 

Pembajaan

Anda sudahpun mengetahui bahawa proses pertumbuhan pokok Monstera ini sangat cepat, jadi sudah tentu anda menjangkakan penggunaan baja yang banyak. Untuk pokok ini ia tidak memerlukan baja yang banyak. Ia memerlukan baja hanya sekali setiap bulan kecuali pada musim panas dan musim luruh  sebab pada kedua-musim itu adalah waktu yang subur untuk pokok Monstera ini akan tumbuh.

Pembiakan

Pokok Monstera ini sangat mudah dibiakkan berbanding dengan pokok yang lain dan mempunyai beberapa cara untuk pembiakan.

  • Memotong sebahagian batang yang besar. Cara ini membenarkan Monstera ini menerima kelembapan dan nutrien yang mencukupi untuk melakukan proses pembaharuan akar.
  • Cara lain adalah menunggu pertumbuhan akar udara yang baru. Ini adalah satu isyarat kepada anda untuk mula melakukan proses pembiakan.\
Pokok Monstera

Perosak

Pokok Monstera merupakan pokok yang agak sukar untuk menerima sebarang serangga perosak apabila ia sihat. Apabila ia menerima tekanan atau lemah, ia boleh terdedah kepada beberapa perosak seperti kutu air atau hama labah-labah. Ini langkah yang perlu anda ambil jika Monstera anda dihinggapi serangga perosak:

  • Memastikan pokok anda mendapat cahaya dan air yang bersesuaian. Tujuannya adalah untuk memulihkan pokok daripada serangga perosak sebelum menjadi lebih teruk. 
  • Membersihkan daun dan batang dengan air sabun secara berhati-hati. Ini akan menenggelamkan dan menyingkirkan serangga perosak tersebut.

Menggugurkan Daun

Jangan panik jika pokok Monstera anda menggugurkan daunnya. Itu adalah proses normal untuk mengeluarkan daun yang baru. Daun baru akan meningkatkan lagi nutrisi dan kesihatan pada pokok tersebut serta memberikan pokok tumbuh dengan kuat besar.

Pokok Monstera

Ketoksikan

Kebanyakan tumbuhan tropika ini beracun dan Monstera tidak terkecuali. Getah pada batang dan daunnya boleh menyebabkan senak perut dan muntah pada manusia dan juga haiwan. Jadi untuk keselamatan, sila jauhkannya terutama daripada kanak-kanak.

Pertanyaan Yang Popular Berkaitan Dengan Pokok Monstera

Adakah Monstera sesuai untuk dijadikan pokok hiasan dalam rumah?

Ya, sangat sesuai. Hatta jika Monstera ini diberikan kepada si pemalas pun ia boleh hidup dengan baik jika diletakkan di tempat yang mendapat pencahayaan yang secukupnya, tanahnya sentiasa lembap dan suhu yang hangat.

Pokok Monstera

Berapa lama pokok Monstera akan hidup?

Ia tidak dapat dipastikan dengan jelas berapa usia setiap pokok Monstera. Namun, beberapa pekebun luar negara mendakwa bahawa ada pokok Monstera yang mereka jaga berusia lebih 40 tahun.

Berapakah ketinggian yang boleh dicapai oleh Monstera?

Pokok Monstera boleh bertumbuh sehingga 10-15 kaki jika ditanam di dalam rumah. Lebarnya pula boleh mencecah 8 kaki dengan setiap daunnya mempunyai kepanjangan 18 inci.

Berapa kerap daun baru pokok Monstera bertumbuh?

Daun baru pokok Monstera akan mula tumbuh setiap 4-6 minggu. Namun, ia bergantung kepada cara penjagaan anda dan juga samada persekitaran tersebut optimum untuk pembesaran.

Adakah saya patut buang daun pokok Monstera yang telah rosak?

Ya, sudah tentu. Bahagian daun yang rosak haruslah dibuang kerana daun ini sudah tidak menghasilkan tenaga. Malah ia tidak juga akan menjadi sarang kepada bakteria dan menyebabkan seluruh pokok terdedah kepada risiko penyakit.

Adakah pokok ini sangat mahal?

Pokok Monstera yang mempunyai daun berciri unik - tompokan berwarna cerah dan bermotif marmar dijual dengan harga yang mahal kerana sukar untuk didapati. Varian seperti Monstera Albo dijual pada harga USD100 untuk keratan batangnya sahaja kerana keunikannya dan juga faktor permintaan yang tinggi di kalangan pencinta Monstera. Hasil tinjauan kami di Shopee, sepohon pokok Monstera Albo dan Monstera Thai Constellation dijual pada harga RM1500-RM2500.

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down