Jika dekorasi didalam rumah kebanyakkan ramai menggunakan cat epoxy, manakala untuk dekorasi luar rumah pula ramai menggunakan karpet rumput tiruan. Karpet rumput ini sangatlah digemari oleh rakyat Malaysia untuk membuat deko dihalaman luar rumah.
Tidak dinafikan ramai rakyat Malaysia mengikut trend untuk memasang rumput karpet dirumah masing-masing kerana ia sangat cantik untuk dekorasi luar rumah. Tetapi, ramai juga yang tidak tahu cara memasang rumput karpet tiruan dengan betul.
Giler Deco hari ini akan berkongsikan dengan anda semua bagaimana untuk memasang rumput karpet tiruan dengan betul. Perkongsian ini merupakan perkongsian daripada Anna Zikir. Beliau menunjukkan step by step cara yang betul. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.
Kali ni aku nak share dengan korang macamana nak pasang rumput tiruan DIY tak perlu nak upah orang pasang korang pun boleh pasang sendiri, just beli rumput tiruan tu di kedai nursery depend pada koranglah nak tebal ke nak nipis
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Proses Memasang Rumput Karpet Tiruan
Disinilah tempat kami ingin memasang rumput karpet. Tengok keadaan laman luar rumah ini sangat teruk dan kerja-kerja memasang rumput karpet akan dilakukan.
Kerja dilakukan dengan membuang rumput yang sedia ada sehingga bersih. Jika tak bersihkan kemungkinan nanti rumput akan hidup di celah-celah rumput tiruan.
Bukan sahaja rumput dibersihkan, pokok-pokok yang merimbun juga dibuang sekali supaya nampak betul-betul bersih agar senang nak pasang rumput karpet.
Lepas sahaja buang rumput tersebut, racun pula ditempat tersebut. Racun berkesan agar lebihan rumput yang ada akan mati dan tidak akan tumbuh lagi.
Untuk meracun ditempat ini, saya nasihatkan agar meracun pada hari yang betul-betul panas. Racun tersebut akan menyerap dan membunuh akar rumput tersebut. Biarkan beberapa hari.
Pastikan tanah itu betul betul kering dan kemudian barulah ratakan permukaan tanah itu dengan pasir di tempat yang tak rata
Lepas pastikan permukaan tanah dah kering secukupnya dan tidak ada akar akar lama yang hidup, bolehlah hamparkan alas seperti kanvas, guni atau foam.
Hamparkan rumput tiruan itu dulu untuk melihat mana mana bahagian yang perlu di potong. Gunakan pisau untuk potong bahagian yang diinginkan. Lebih mudah dan kemas hasilnya.
Tadaaaaa!!! Dah siap laman rumput karpet ni. Cantikkan?
Kalau nak lebih cantik lagi bolehlah beli batu batu putih (hiasan) tu dan letakkan ditempat yang diinginkan
Sumber : Anna Zikir